Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Travel Tips Wanita Muslimah Perlu Tahu Ketika Di Dalam Pesawat

Currency Converter

Di sini kami akan berikan beberapa tips untuk wanita Islam tentang bagaimana untuk menjaga hijab (tudung) semasa penerbangan.

Selalunya apabila anda memakai hijab dan berada dalam penerbangan jarak jauh, ia akan membuat diri anda tidak selesa. Ini kerana udara yang kering di pesawat. Berikut adalah perkara-perkara yang admin lakukan untuk perjalanan yang lebih selesa semasa penerbangan jarak jauh

SEBELUM PENERBANGAN

Adalah lebih baik anda mencuci rambut sebelum penerbangan anda dan hidratkan dengan masker untuk persediaan berada di udara kering semasa penerbangan. Ini dapat membantu rambut anda merasa lebih baik dan selesa sepanjang penerbangan anda nanti.

SEMASA PENERBANGAN

Jika penerbangan anda adalah pada waktu malam, ia membantu anda untuk mengatasi masalah ketidakselesaan ini.  Pada penerbangan waktu malam kebanyakan orang akan tidur pada waktu ini dan lampu akan mula padam jadi penerbangan anda itu berada dalam  keadaan gelap.

Jadi pada masa ini lah anda dapat membuka sedikit atau melonggarkan tudung anda untuk biarkan rambut bernafas lagi. Jika rambut kita diikat dan terbelenggu pada masa yang lama ia boleh menyebabkan kesakitan di bahagian kepala dan cara yang lebih baik anda longgarkan sahaja.

MEMAKAI HOODIE

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Sebelum anda tidur, cuba bukakan ikatan rambut anda dan biarkan dibawah hijab anda. Dengan cara ini anda tidak akan berasa sakit dan berasa terlalu cekang pada ikatan anda itu. Anda juga boleh memakai baju yang mempunyai hoodie, di mana anda boleh berlindung rambut anda di bawah hoodie sahaja. Jika anda rasa tidak selesa kerana rambut anda sering terkeluar, anda boleh mengikat rambut itu.

MENYEDIAKAN TUDUNG KE DUA DAN BAJU YANG BARU

Imej Kredit: Sikumu
Imej Kredit: Sikumu

Tentu anda ingin berasa segar selepas tiba di destinasi setelah perjalanan yang panjang di udara. Oleh itu sebelum mendarat, anda boleh menyiapkan diri di tandas kapal terbang dengan memakai tudung dan pakaian yang baru serta bersihkan diri. Sediakan tudung dan pakaian yang tidak perlu di seterika dan mudah untuk dijaga.

MINUM AIR YANG BANYAK

Imej Kredit: inhabitat
Imej Kredit: inhabitat

Ia adalah peraturan umum tetapi sangat penting. Anda perlu menjaga tubuh anda supaya sentiasa terhidrat sepenuhnya apabila anda melancong. Minum air sebanyak mungkin dan sentiasa bekalkan sebotol air dengan anda. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan sakit kepala ketika dalam penerbangan.

PILIH TEMPAT DUDUK SEBELAH TINGKAP

Tentu anda suka duduk di bahagian kerusi sebelah tingkap (tempat paling terbaik bagi admin)kerana ia boleh jadi beberapa sebab yang baik. Pertama, anda boleh mendapatkan beberapa pemandangan yang hebat dan sangat cantik untuk bergambar, kedua, anda boleh tidur dan berehat di tingkap dan ketiga ia membuat tempat yang selamat untuk anda berehat.

MEMPUNYAI KELENGKAPAN PENJAGAAN KENDIRI

Sebagai wanita, tentu anda juga mempunyai kelengkapan penjagaan sendiri kan seperti krim muka, ubat gigi dan berus gigi, pelebap bibir, losyen, tisu basah(antibakteria) dan sanitizer gel. Tempat-tempat yang kotor boleh didapati di kapal terbang dan tentu anda tahunya di mana. Untuk penyegaran yang segera anda boleh lapkan muka dengan tisu basah dan pelembab bibir. Ia sentiasa membantu anda berasa lebih baik dan segar.

 

 

Sumber : Muslimtravelgirl



Older Post Newer Post


Leave a comment