Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Tips: Etika Pakaian dan Fesyen untuk ke Majlis Perkahwinan

Currency Converter

Benarkah pakaian yang dipakai oleh kita sewaktu menghadiri majlis perkahwinan diperhatikan? Fahami etika pakaian untuk ke majlis perkahwinan.

 

Menjadi satu dilema buat wanita dan lelaki apabila ianya berkaitan dengan pakaian yang perlu dipilih untuk dipakai dalam kehidupan seharian. Ada yang mempunyai koleksi pakaian yang cukup banyak sehingga penuh satu almari pakaian tetapi masih menghadapi masalah yang sama berulang kali.

Begitu juga dengan masalah untuk memilih pakaian ke majlis perkahwinan. Secara umumnya masih ramai yang tidak peka mengenai pakaian untuk ke majlis perkahwinan malah ada juga yang overdressed. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk mematuhi etika berpakaian ke majlis perkahwinan.

Kasut Getah/Rubber Shoes

1. Jangan sesekali memakai kasut yang diperbuat daripada getah. Anda akan dilihat seperti ingin menghadiri majlis perkahwinan di tepi pantai. Meskipun majlis perkahwinan tersebut dibuat di tepi pantai anda akan dilihat pelik dalam berpakaian jika dipadankan dengan kasut getah. Sangat tidak sesuai.

Kasual

2. Untuk kelihatan lebih kasual, jangan sesekali memakai round neck shirt kerana anda akan dilihat sangat selekeh. Walaupun anda hanya menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada kawan anda, bergayalah dengan pakaian yang lebih trendy dan fashionable seperti dress labuh bercorak bunga untuk wanita dan lelaki, kemeja checked dipadankan dengan seluar slack.

Selipar

3. Selipar adalah dilarang sama sekali. Anda bukannya hendak ke pasar ataupun pergi mengerjakan sawah padi. Jadi, pilih kasut yang pelbagai jenis untuk dipadankan dengan outfits anda.

Mekap

4. Less is more. Untuk wanita, jangan mengenakan mekap sehinggakan orang lain tidak dapat membezakan pengantin dan tetamu. Cukuplah sekadar mengenakan lipstick dan eye shadow untuk menyerlahkan kecantikan anda.

Rambut

5. Sebelum menghadiri majlis perkahwinan apa salahnya anda meluangkan sedikit masa untuk ke salun untuk merapikan rambut. Jangan biarkan rambut kelihatan menggerbang dan tidak terurus. Buat lelaki maskulin yang pentingkan gaya serta ketrampilan, pastikan rambut disisir rapi supaya anda dilihat lebih bergaya.

Jangan malu untuk berfesyen ke majlis perkahwinan. Tidak salah mengenakan pakaian yang cantik tapi harus diingat ianya tidak terlalu overdressed. Bukan apa takut menjadi bualan tetamu dan mengalahkan pesona pengantin. Be fabulous on the wedding day!



Older Post Newer Post


Leave a comment