Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Tips Cantik: 5 Tips Mencuci Rambut

Currency Converter

Tips Cantik: 5 Tips Mencuci Rambut Yang Anda Perlu Tahu

Oleh Adilah Fatin

Kusut fikirkan tentang rambut kusut dan rosak? Mungkin tips mencuci rambut ini boleh membantu anda.

 

#1: Frekuensi pembasuhan rambut bergantung kepada ketebalan rambut.Jika anda mempunyai rambut yang lebat atau kasar, anda boleh membasuh rambut anda dua hari sekali atau dua kali seminggu. Namun, jika anda mempunyai rambut yang lembut, anda patut membasuhnya setiap hari. Selang selikan penggunaan syampu yang anda biasa gunakan dengan perapi yang diformulakan untuk melebatkan rambut untuk mengekalkan minyak semula jadi rambut anda. (Foto: Giphy)

#2: Gunakan air yang bersuhu rendah. Mandi menggunakan air panas agak lazim bagi wanita. Akan tetapi, anda perlu tahu yang jika anda menggunakan air yang terlalu panas, folikel rambut anda akan mudah terbuka dan menyebabkan rambut anda mudah kering dan rosak. Gunakan air yang bersuhu agak suam untuk membasuh dan merapikan rambut anda. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar. (Foto: The Glow)

#3: Gunakan syampu sebesar duit syiling sahaja. Rambut anda tidak perlu dilitupi sepenuhnya dengan buih hanya untuk memastikannya benar-benar bersih. Sebaliknya, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut lembut dan gunakan air untuk membantu meratakannya. Biarkan selama seminit dua. (Foto: Bored Bug)

#4: Tukar syampu anda. Tukar syampu anda, setelah habis, gunakan semula syampu anda yang lama. Bunyi seperti mengelirukan, tetapi ini teknik yang digunakan pendandan rambut selebriti Jasmine Anna Galazka. (Foto: Buzzfeed)

#5: Cuba gunakan 'hair mask'. Apa kata anda cuba gunakan 'masker rambut' untuk menggantikan peranan perapi rambut. Masker rambut memberi rambut anda perlindungan dan hidrasi. Jika anda mempunyai rambut yang kasar, anda boleh meratakannya ke seluruh bahagian kepala, tetapi jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut. (Foto: Tumblr)

. . . . . . . . . .

Sumber: Harper's Bazaar



Older Post Newer Post


Leave a comment