Be Confident Slim & Active
Cart 0

The Smurfs Duta Pelancongan Brussels

Pejabat pelancongan Brussels menghantar delegasi khas yang terdiri daripada Smurfs sebagai sebahagian daripada kempen pelancongan yang bertujuan menambah bilangan pelancong ekoran serangan pengganas pada tahun lepas.

The Smurfs kini merupakan duta pelancongan Brussels

Kempen pelancongan yang berbunyi ” Where will Brusells take you? (Di mana Brussels akan bawa anda?)” itu bertujuan untuk merangsang pertumbuhan jumlah pelancong  yang semakin menurun berikutan serangan pengganas yang telah membunuh 32 individu di lapangan terbang Brussels dan stesen metro pada musim bunga yang lalu.

“Pelbagai tindakan telah diambil selepas serangan tersebut dan ia  menghasilkan kesan yang  positif. Pada awal tahun ini, kami dapat  menyaksikan pemulihan yang ketara dalam sektor pelancongan Brussels”,  kata Rudi Vervoort, Menteri-Presiden Brusells di  dalam sebuah kenyataannya.

Usaha Kempen Pelancongan “Where Will Brussels Take You?”

“Kempen  pelancongan ‘Where will Brussels take you? ‘ merupakan sebuah usaha tambahan  bertujuan untuk mempromosi dan mendedahkan rahsia tersembunyi di rantau kami- rahsia-rahsia Brussels yang terbaik dan menakjubkan.”

The Smurfs digunakan untuk menarik perhatian orang ramai di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Adakah mereka akan berjaya di Brussels? (Gambar fail 2011)

Kempen ini dilancarkan serentak di bandar-bandar di seluruh Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda dan Britain, dengan bantuan penduduk biru (Smurfs) kelahiran Brussels yang telah dihantar untuk mempromosikan bandar mereka.

Platform Dalam Talian Perancang Perjalanan Pelancong Ke Brussels

Platform dalam talian yang diberi nama takemeto.brussels juga telah dilancarkan untuk membantu pelancong merancang perjalanan mereka.

Rudi Vervoort, Menteri-Presiden Brusells mempromosi Brusells bersama smurfs

Laman web ini menawarkan beberapa cadangan tempat untuk anda lawati ketika berada di Brussels. Seperti  restoran-restoran terbaik, lokasi-lokasi indah untuk akaun Instagram anda, muzium untuk kanak-kanak dan kedai-kedai kopi.

Sempena kempen pelancongan ini, pejabat pelancongan Brussels  juga memberikan tawaran percutian ke bandar Brussels secara percuma setiap minggu, tawaran ini meliputi kos penginapan dan pengangkutan di dalam Eropah.

Kempen ini akan berakhir pada 31 Oktober.

Sumber: Star2

Older Post Newer Post