Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Penuhi ‘Gap Year’ Anda Dengan Pengalaman Menakjubkan

Currency Converter

Di sesetengah negara, menjadi perkara biasa pelajar meluangkan masa selama setahun sebelum ke universiti. Tahun ini dipanggil gap year (tahun jarak). Tempoh masa setahun ini membolehkan mereka merasai sedikit dunia  sebenar dan menimba pengalaman sebelum beralih ke pengajian tinggi. Dari segi teori, menjadi matang sebelum meneruskan pengajian boleh membantu mereka belajar lebih banyak perkara daripada pengajian yang bakal diterima mereka.

toodia_gapyear

‘Gap Year’ di Malaysia
Di Malaysia, konsep gap year baru sahaja diterapkan di Malaysia. Dua universiti awam (UA) dan empat agensi telah dipilih untuk menjadi kumpulan pertama dan perintis bagi pelaksanaan program ‘GAP Year 2017’ atau satu tahun cuti daripada pengajian bagi pelajar universiti. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mula menawarkan program itu kepada pelajar tahun kedua dan ketiganya bermula September ini.
toodia_datukseriidris
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh
Tidak seperti program gap year lain fokus program di Malaysia adalah berkonsepkan perkhidmatan pada negara dengan kerjasama agensi keselamatan.  Agensi- agensi yang terlibat adalah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sepanjang tempoh berkenaan.Pelajar yang terpilih kemudian akan menjalani tempoh latihan selama sebulan, sebelum menjalankan tugas sepenuhnya untuk tempoh setahun, sebelum kembali menyambung pengajian di universiti masing-masing.

Menurut Datuk Seri Idris Jusoh lagi, antara matlamat program sukarelawan ini adalah untuk  memastikan pelajar IPT memperkukuhkan lagi perpaduan, mengeratkan kasih sayang dan semangat patriotisme kepada negara serta sukarelawan dalam kalangan pelajar.

Terdapat beberapa aktiviti gap year yang biasa dilakukan oleh pelajar di serata dunia. Di bawah disenaraikan beberapa  aktiviti yang boleh dijadikan contoh  jika anda merancang untuk mencipta pengalaman gap year anda sendiri.

Melakukan Aktiviti Sukarelawan

Keluar dan meninggalkan zon selesa anda boleh menjadi cara yang baik untuk meneroka budaya dan keadaan yang anda tidak biasa hadapi: seperti bekerja di tempat perlindungan pelarian.

Atau, anda boleh menimba pengalaman untuk melihat jika sesuatu kerjaya itu sesuai dengan anda: seperti membuat kerja sukarelawan di zoo atau di  pusat perlindungan haiwan.

Belajar Bahasa Baru

Terdapat kursus-kursus bahasa untuk tempoh masa pendek yang menakjubkan di mana anda boleh belajar bahasa Jepun, Perancis atau bahasa-bahasa lain hanya untuk suka-suka atau untuk peluang kerjaya yang lebih baik di masa hadapan.

toodia_language

Sebagai contoh, jika anda sedang memikirkan mahu bekerja di Amerika Selatan, anda perlu ambil masa untuk belajar bahasa Sepanyol. Jika anda ingin meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, dan ke luar negara, mungkin ada baiknya belajar Bahasa Rusia.

Mengembara Dan Mendapatkan Pekerjaan

Anda boleh pergi ke lokasi lain  di dalam negara ini, sewa bilik, dan bekerja di kedai kopi sepupu  atau di ladang ibu saudara anda.

Walau apapun yang anda pilih untuk lakukan, pengalaman mendapatkan wang dengan sendiri, berdikari dan mempunyai kerja tetap akan menjadi sumber pengalaman yang boleh mendidik anda.

Pengalaman meninggalkan kediaman dengan selamat serta terdapat orang dewasa yang boleh dipercayai untuk memerhatikan anda, juga menyeronokkan.

toodia_work

Di Malaysia, program Gap Year itu berharap akan dapat memberi tempoh ‘berehat’ selama setahun kepada pelajar yang berminat menyertai empat agensi keselamatan berkenaan yang akan menawarkan peluang pekerjaan khas untuk mereka.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/265004

Sumber: Berita harian  Star 2



Older Post Newer Post


Leave a comment