Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Pencinta Haiwan Akuatik? Lawatilah 6 Akuarium Terbaik Di Asia Ini

Currency Converter

Jika anda seorang pencinta haiwan tetapi bosan untuk melawat zoo dan taman hidupan liar, jadi berjalan ke akuarium akan menjadi pilihan yang terbaik.

Selain dapat menghindar daripada panas kerana kebanyakan akuarium hari ini berhawa dingin sepenuhnya, suasana yang menenangkan bersama cahaya berwarna biru dan seolah-olah kita berada di dasar laut.

Pelbagai negara Asia secara amnya menawarkan pelbagai lagi tempat  akuarium untuk pelancong pergi melawat.

Kami bawakan kepada anda 6 akuarium yang paling menarik dan menakjubkan di Asia.

Churaumi Aquarium Okinawa, Jepun

japan-aquarium

Akuarium ini adalah rumah kepada tangki gergasi yang dipanggil Kuroshio Sea Tank – ia mempunyai ikan terbesar di dunia: Ikan yu paus. Aquarium ini juga  PERTAMA di dunia yang berjaya membiakkan pari terbesar (manta ray) di dalam akuarium.

SEA Life Bangkok Ocean World, Thailand

thailand-aquarium-2

Pameran yang menarik seperti Rocky Hideout, Shark Walk, Seahorse Kingdom, dan Penguin Ice Adventure akan membuat anda sangat kagum dengan akuarium ini. Akan terdapat Don scuba yang menyelam bersama jerung dan pari di dalam lawatan Ocean Walker mereka.

Aquarium S.E.A, Singapura

singapore-aquarium-3

Dengan lebih daripada 800 spesies haiwan marin, akuarium ini adalah rumah kepada makhluk seperti manjestik manta ray, goliath groupers, wrasses napoleon, dan spesies yu yang sangat banyak. Untuk melihat pelbagai lagi spesis haiwan marin ini adalah di Open Ocean.

Ocean Park, Hong Kong

hong-kong-aquarium6

Ocean Park terletak di sebelah selatan Pulau Hong Kong. Anda akan mempunyai dua dunia yang terbaik disini. Ini kerana Ocean Park mempunyai separuh taman marin mamalia dan separuh taman tema haiwan. Antara pameran yang menarik di sini ialah seperti habitat panda gergasi sehingga ke kubah akuarium terbesar di dunia. Ocean Park pasti menjadi tempat yang menyeronokkan terutamanya bagi pencinta haiwan.

Aquaria KLCC, Malaysia

aquaria-klcc

Aquaria KLCC terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 250 spesies ikan yang berbeza, dan lebih 5000 haiwan darat dan haiwan akuatik dari seluruh dunia. Oleh kerana Aquaria ini  mempunyai perjalan dari tanah ke laut, sebaiknya anda mulakan lawatan anda di kawasan daratan sebelum  bertandang ke bawah dasar laut dengan melalui sungai-sungai, hutan hujan tropika dan hutan bakau, sehingga ke terumbu karang, dan akhirnya ke dasar dalam laut biru.

Akuarium Coex, Korea Selatan

korea-aquarium

Akuarium ini mempamerkan lebih daripada 40.000 makhluk laut daripada pilihan 600 spesies yang berbeza. Sama seperti Aquaria KLCC, pada permulaanya, pengunjung akan memulakan pengembaraan mengikuti perjalanan air,melalui gunung yang tinggi, turun ke hutan hujan tropika Amazon, melalui paya, sungai, pantai, dan akhirnya ke dalaman lautan.

 

 

Sumber: MarieFranceAsia



Older Post Newer Post


Leave a comment