Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

OBSES PINGGANG RAMPING IBU 3 ANAK SANGGUP PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI. Cara Pakai korset adalah....

Currency Converter

BENAR kata pepatah, cantik itu adakalanya amat menyakitkan.
Tapi golongan yang obses untuk cantik ini sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan menawan dan cantik.

Sama saja orang yang sanggup buat pembedahan plastik untuk wajah, tapi ibu pada 3 orang anak ini sanggup pakai korset ketat selama 23 jam, termasuk semasa tidur untuk dapatkan pinggang yang ramping dan menawan. 

Diana, hanya membuka korsetnya untuk mandi dan bersenam.

"Saya rasa amat seksi apabila memakai korset, sekaligus meningkatkan keyakinan diri saya. "Malah saya selesa dengannya,” ujar Diana kepada Barcroft TV dalam rancangan Hooked on the Look.

Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ini memaklumkan dia tidak menyukai bentuk badannya. Meskipun mengakui gemuk itu tidak salah, namun dia tidak menyukainya.

"Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Gemuk itu tidak salah tetapi bentuk badan saya tidak feminin.

"Bentuk badan saya jadi seperti lelaki dan saya tidak sukakan bentuk itu," katanya.dannya sebelum ini apatah lagi selepas melahirkan kembar tiga tahun lalu. Dengan berat 60kg, Diana kini memakai pakaian bersaiz, 2 -4 dan mahu menonjolkan pinggang yang ramping walaupun mengakui kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan.

"Saiz pakaian saya adalah sekitar 2-4, tetapi saya perlu tonjolkan ukuran pinggang ramping yang saya ada walaupun kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan,’ ujarnya lagi.

Begitulah orang yang obses pada pinggang yang ramping ni sanggup buat apa saja demi mendapatkan bentuk badan yang cantik. 

Jadi berpada-pada lah. Kalau terlalu kecik pinggang tu, orang nampak pelik dah bukan cantik. Dia punyai banyak korset jenis waist training. Just hanya untuk kecikkan pinggang saja. 

Waist training korset ni merujuk kepada penggunaan korset pada tubuh untuk membentuk pinggang yang lebih kecik, serta dada dan pinggul yang lebih besar, bagi membentuk "hour-glass figure"/ bentuk tubuh jam pasir.

Selain itu 3 kelebihan pakai korset adalah: 

1) Mengecilkan ukur lilit badan dan membentuk pinggang yang lebih ramping.

2) Menyembunyikan lebihan lemak(spare tyre) dan memberikan ilusi badan yang lebih kemas, tidak gelebeh.
.
3) Memperbetulkan postur badan dan mengurangkan sakit belakang dan lenguh badan.


Dengan mengetatkan korset, bahagian rusuk akan menjadi lebih mampat ke dalam dan sekaligus mengurangkan ukur lilit pinggang. Kesannya separa kekal, hanya semasa pakai, memerlukan kita untuk memakainya setiap hari sekiranya inginkan bentuk tubuh yang lebih kecil secara kekal.

Ada banyak jenis waist korset yang lain. 

Antarannya korset Sajat yang khas untuk fokus kepada pembentukan pinggang.

Korset Sajat ni ada banyak jenis. Pilihlah mengikut keselesaan. Sebab tak smua yang ada masalah bahagian pinggang saja. Ada juga yang punyai masalah di bahagian, peha, perut, kaki dan lengan. 

Korset jenis ini tak memerlukan tulang tapi kekuatan pada grip di bahagian depan dan bawah. 

Ini pula khas untuk merampingkan pinggang dan memantapkan payudara anda agar tidak kendur ke bawah. Pakai korset jenis singlet ini lebih selesa pada sesetengah orang. 

Ada juga sesetengah orang yang memilih korset jenis cotton bergetah. Korset ini khas untuk mereka yang tidak berapa suka pada grip yang kuat, tapi ala sederhana. Kebanyakan mereka just nak pakai secara kasual dan nak maintain body yang sudah ramping dan ber shape yang menarik.

Korset jenis sekali sarung ni, juga digemari pada mereka yang tak suka pada grip yang kuat, tapi memang nak maintain bentuk badan yang cantik. Korset jenis ini boleh dibuka di bahagian belakang, jadi memudahkan menggunakan tandas jenis duduk . 

Ha, itu dia jenis korset yang menbentuk satu badan agar nampak ramping dan sekata. Pada mereka yang mengalami masalah bentuk badan seperti buat pear, yang membesar di bahagian bawah, paha dan betis besar. Boleh la try korset ni. Ada orang yang punyai betis besar, tak cantik pakai skirts, Pakai korset ni, terus terbentuk secara natural. 

 

Ini juga korset yang mementuk paha yang besar dan pinggang yang ramping. Ada bukaan lobang di bahagian bawah bagi memudahkan buang air kecil dan besar. Sesuai utk semua jenis tandas yang bersih. 

Selain itu korset Elken untuk mereka yang mementingkan keselesaan dan jenama yang mahal. Korset yang menjangkau ribuan ringgit ini juga semakin digemari. Fungsinya sama untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, korset elken menawarkan banyak pilihan saiz, color dan kesesuaian pengguna. 

Korset dan bra sekali sarung. Ini juga pilihan pengemar korset. Sekali sarung tak perlu banyak pakai pakaian dalam dan nampak lebih seksi dan elegan. 

Macam biasa lihat kan? Lemak-lemak celah ketiak dan tepi bra. Memang sedih kalau pakai baju nampak berketul gini. Jadi kalau rajin, cuba-cubalah pakai korset agar nampak lebih kemas dan cantik. 

Tiada lagi lemak terbonjol di bahagian belakang. Sesiapa saja akan terpukau dengan bentuk badan yang menarik camni. 

Orang yang ada masalah bentuk badan yang besar ke bawah juga dapat dikemas rapi menjadi lebih sekata dan ramping. 

Walaupun berisi, tapi kalau nampak terbonjol sana sini pastinya menyakitkan mata sesiapa saja yang memandangnya. Terutama pada diri sendiri yang memandang cermin tatkala nak keluar dari rumah. 

Dah ramai yang dapat menfaat dengan pemakaian korset. Ramai juga yang berasa lebih bahagia, konfiden sebab merasakan diri mereka juga cantik seperti orang yang lain. 

Selamat mencuba

 



Older Post Newer Post


Leave a comment