Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Kenali Lokasi Menarik Di Bumi Dengan 7 Filem Ini

Currency Converter

Anda mesti serabut atau mungkin pening kepala bila fikirkan ke mana destinasi seterusnya yang anda dan orang tersayang patut pergi untuk honeymoon atau percutian kalian yang seterusnya.

Untuk memudahkan urusan anda, kami ada 6 filem yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda untuk melancong ke mana selepas ini:

  1. Lost In Translation

 img_0549

Lokasi: Tokyo

Filem ini mengisahkan seorang popular yang kesepian bernama Bob Harris (Bill Murray) dan Charlotte (Scarlett Johansson) pengantin baru yang mengalami konflik dalam perkahwinannya, telah bertemu di Tokyo.

Kedua-duanya telah membuat keputusan untuk melarikan diri mereka di negara asing ini dan telah membentuk satu ikatan yang tulus dan bermakna.


  1. The Beach

img_0551

Lokasi: Koh Phi Phi, Thailand

Sekiranya anda berjaya menuju ke lokasi ini, anda akan berpeluang untuk merasai hidup yang telah Leonardo DiCaprio dan Virginie Ledoyen lalui sepanjang mereka hidup di sebuah pulau tersembunyi ini.


  1. The Two Faces Of January

img_0553

Lokasi: Greece

File mini membuktikan yang Greece adalah tempat yang paling sesuai untuk anda melarikan diri kerana di sana, anda boleh menikmati suasana pantai Crete yang indah, di luar pantai selatan mereka.


  1. The Trip To Italy

 img_0557

Lokasi: Perjalanan dari Piedmont ke Capri, Itali

Walaupun filem ini banyak menunjukkan perbezaan pendapat antara dua sahabat, Steve Coogan dan Rob Brydon sepanjang perjalanan, mereka tetap akan berhenti di restoran-restoran yang sangat cantik dan indah di tepi pantai Itali.


  1. Before Sunrise

img_0559

Lokasi: Paris

Filem ini sangat sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap orang layak dan patut mempunyai pengalaman untuk jatuh cinta di tempat pejalan kaki di Bandar Cahaya, Paris.


  1. In Bruges

img_0563

Lokasi: Bruges, Belgium

Nikmati pemandangan yang sangat cantik bersama dua hitmen (lakonan Colin Farrell dan Brendan Gleeson) yang terperangkap di bandar Belgium bersejarah yang indah.


  1. Vicky Christina Barcelona

img_0571

Lokasi: Spain

Filem yang mengisahkan kehendak, konflik, dan cinta antara bintang-bintang yang cantik dan kacak ini dilakonkan di bandar-bandar tercantik di Eropah.



Older Post Newer Post


Leave a comment