Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Ingin Merasai Pengalaman Penuh Keajaiban Harry Potter?

Currency Converter

PADA ulang tahun ke-20 buku Harry Potter yang pertama, Pejabat pelancongan negara tersebut,  VisitScotland telah merancang sebuah program perjalanan ke tempat-tempat di mana  JK Rowling telah mendapat ilham untuk menerbitkan siri bukunya yang terkenal itu.

Buku-buku tentang seorang kanak-kanak ahli sihir berkaca mata bulat yang akhirnya menjadi  siri filem hangat,  terbit kerana rasa  cinta JK Rowling terhadap Scotland. Buku pertama dalam siri ini, Harry Potter and the Philosopher’s Stone , telah diterbitkan pada bulan Jun 1997. Ia ditulis di  pelbagai kafe di pusat bandar Edinburgh.

Pub The Elephant House merupakan tempat Rowling menulis siri buku popular ini

Tidak mengejutkan apabila perjalanan Rowling  bermula di ibu kota Scotland. Seni bina zaman pertengahannya membawa peminat kembali ke zaman di mana ilmu sihir giat diamalkan. Terdapat dua buah  kafe  yang terdapat dalam program perjalanan itu: Elephant House (di mana JK Rowling menghabiskan masa berjam-jam menulis novel tersebut,   kemudian mendongakkan kepala dari semasa ke semasa  untuk merenung Castle Edinburgh) dan Spoon.

Perjalanan ajaib ini diteruskan dengan menaiki kereta atau kereta api ke arah Fort William. Dalam perjalanan ke sana, anda akan dapat melihat Rannoch Moor, sebuah belantara yang luas di mana Death Eaters menaiki kereta api dalam filem Harry Potter dan The Deathly Hallows: Bahagian 1. Ia juga merupakan peluang untuk melawat Glasgow, bangunan-bangunan di sana mempunyai ciri Gothik  yang sama seperti Sekolah Hogwarts.

Bangunan Majlis Perbandaran Glasgow yang mempunyai ciri-ciri gothik padanya

Salah satu daripada kemuncak perjalanan adalah pengalaman menaiki Kereta Api Stim Jacobite yang membawa suasana ajaib siri buku tersebut ke dalam kehidupan. Bermula di Fort William dan berakhir di Mallaig, peminat akan dapat merasai sendiri adegan dari filem-filem di Hogwarts Express. Kereta api tersebut melintasi kawasan desa Scotland di West Highland Line.

Pemandangan laluan Kereta api stim jacobite seperti yang terdapat dalam filem-filem harry potter

Perjalanan berakhir pada hari keempat di Highlands. Di sini VisitScotland mengesyorkan melawat Steall Falls, sebuah air terjun yang indah yang terdapat di dalam buku The Goblet of Fire.



Older Post Newer Post


Leave a comment