Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Hotel Mewah Kelihatan Seperti Kapal Layar Besar

Currency Converter

Dambakan pengalaman pelayaran mewah? Anda kini boleh  merasai dengan hanya menetap di hotel. Sebuah hotel mewah bernilai £ 25 juta (RM 139 juta) yang kelihatan seperti sebuah kapal dari luar telah dibuka untuk pelancong yang ingin mengikuti pelayaran, lapor Daily Mail.

Kelihatan seperti kapal

Harbor Hotel ini direka untuk kelihatan seperti sebuah kapal. Ia mempunyai spa, gimnasium, kelab malam dan juga panggung wayang untuk kegunaan tetamu semasa penginapan mereka. Hotel berbentuk bot ini mempunyai 85 buah bilik, restoran pula dipimpin oleh chef terkemuka Alex Aitken.

Teres luar mempunyai lubang api,  ketuhar kayu serta kanopi yang boleh ditutup. Ia boleh dipanaskan supaya ia boleh digunakan para tetamu semasa musim sejuk.

Hotel khas untuk mereka yang ingin mengikuti pelayaran

Hotel ini terletak di marina Ocean Village di Southampton, Hampshire-ia terletak tidak jauh dari kapal-kapal yang masuk dan keluar dari  bandar jadi pelawat boleh berjalan sahaja dari kapal-kapal tersebut ke hotel ini.

Mike Warren, pengarah urusan Harbour Hotel, pemilik beberapa hartanah di selatan England, berkata: ‘Kami sangat teruja untuk memulakan perniagaan pada bulan ini.

Hotel bertaraf lima bintang kami mempunyai spa  untuk tetamu memanjakan diri dan menyajikan juadah-juadah yang hebat untuk tetamu sebelum mereka berangkat  untuk pelayaran mereka.

Kami juga mempunyai bar atas bumbung yang pertama di Southampton. Ia juga boleh dikunjungi dan dinikmati penduduk sekitar. Hotel yang berbentuk kapal layar ini akan ditempatkan di Ocean Village Marina. Hal ini kerana kami mahu ia mencerminkan budaya marin yang berkembang pesat di Southampton yang menjadikannya salah satu lokasi marina idaman di UK’.

Pemangkin sektor pelancongan di Southampton

‘Kami sangat yakin bahawa hotel ini beserta dengan kemudahannya akan menjadi tambahan hebat kepada Southampton, meningkatkan kadar pelancongan dan menjadi destinasi pilihan bagi kedua-dua penduduk kota dan pelancong.

Menurut Nicolas Roach, pengerusi eksekutif Nicolas James Group, syarikat induk Harbor Hotels,: “Kami percaya hotel kami yang berstatus lima bintang akan mendorong ekonomi Southampton.

Sebuah bilik di Harbour Hotel

‘Pelanggan menitikberatkan kualiti dan mereka sanggup bayar untuk ini.’

Bilik-bilik hotel ini  bermula dari harga  £175 (RM 972.83) satu malam, dengan suite pada harga £375 (RM 2084.00)



Older Post Newer Post


Leave a comment