Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Hotel Bertemakan Sukan Pemotoran Dibuka di Nilai

Currency Converter

Forte Hospitality Management Sdn. Bhd. mengumumkan pembukaan Hotel Hype Motorsports Nilai iaitu hotel butik pertama di Asia yang berkonsepkan dunia permotoran sepenuhnya menerusi penampilan imej, gaya dan reka bentuk ruang dalaman serta luarannya.

Perabot hotel yang bertemakan sukan pemotoran

Hotel Hype Motorsports Nilai terletak di tengah-tengah bandar Nilai dengan fasiliti-fasiliti asas.
Lebih kurang 15 minit diperlukan untuk bergerak ke hotel dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta kira-kira 40 minit perjalanan ke sana dari bandar Kuala Lumpur.

Bilik dengan hiasan-hiasan bertema pemotoran

Hotel Hype Motorsports Nilai menampilkan 75 bilik yang direka berkonsepkan permotoran menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta gambar berlatar belakang aksi perlumbaan. Malah terdapat beberapa bilik bertemakan legenda permotoran dunia seperti pemandu Formula Satu (F1) terkenal, Micheal Schumacher pelumba motosikal terkemuka, Valentino Rossi dan pelumba motorcross, Tony Cairolli.

Bilik lagenda dan premium juga dilengkapi dengan kerusi urut untuk keselesaan tetamu hotel itu.

Tiga jenis bilik ditawarkan iaitu Bilik Standard, Superior dan Keluarga.

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti penyaman udara kawalan individu, kunci bilik dengan sensor sentuhan, pengesan asap, akses Wi-Fi Internet percuma dan televisyen yang mempunyai saluran tempatan, program bermotor serta  jadual penerbangan harian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management, Johari Mohd Yusof berkata syarikat itu telah menjalankan kajian terperinci selama beberapa bulan untuk mencari tema yang sesuai sebelum memikirkan tentang konsep dan tema motor.

“Tidak ada hotel di Malaysia malah di Asia yang pernah memperkenalkan konsep dunia permotoran.  Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami memperkenalkan konsep sulung ini kepada rakyat Malaysia dan Asia,” kata Johari di pelancaran hotel baru-baru ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut  tentang  Hotel Hype Motorsports Nilai, log masuk ke www.hypenilai. Com.

Untuk tempahan sila hubungi hp: 0123796056 atau e-mel: tempahan @ hypenilai.com.

Sumber: Star2



Older Post Newer Post


Leave a comment