Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Hari Yang Terbaik Untuk Beli Tiket Kapal Terbang

Currency Converter

cheap-flights

Teringin nak pergi bercuti? Ini mungkin masa yang terbaik untuk mengambil peluang itu. Dengan kerjasama daripada Laporan Corporation Airlines (ARC), Expedia, Inc. baru-baru ini telah mengeluarkan satu kajian mengenai trend pengembaraan udara di seluruh dunia, dan apa yang ditemui kelihatan seperti perkara yang baik untuk simpanan kewangan anda.

Apa yang mereka temui adalah tentang hari yang paling murah untuk membeli  tiket daripada syarikat penerbangan. Anda mungkin pernah dengar berita sebelum ini yang mengatakan hari Selasa adalah hari pembelian tiket rasmi, tetapi kini tidak lagi.

Menurut mereka, hari yang paling bagus untuk membeli tiket sekarang adalah pada hari Ahad. Laporan itu juga mencadangkan jika anda mahu menyimpan lebih banyak wang, cuba menempah tiket pada Ahad iaitu lebih daripada 21 hari sebelum perjalanan anda.

the-best-day-week-score-cheap-airline-tickets-536763786-kupicoo-600x400

Terima kasih kepada kejatuhan harga tiket dan kapasiti pesawat dan syarikat-syarikat penerbangan yang lebih tinggi, anda tidak perlu lagi hanya bermimpi untuk melancong jauh-jauh dan sebaliknya beli terus tiket itu!

Tetapi, bukan itu sahaja berita baiknya! Laporan itu juga menyatakan bahawa harga tiket purata di seluruh dunia kini makin menurun! Ini disebabkan persaingan yang sengit antara syarikat-syarikat penerbangan.

Lebih banyak penerbangan = lebih banyak syarikat penerbangan = lebih banyak peluang untuk mencari harga tiket impian anda.

Jadi, marilah kita sama-sama tunggu di depan komputer/laptop/smartphone masing-masing setiap hari Ahad.

 

Sumber: Reader’s Digest



Older Post Newer Post


Leave a comment