Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Gunakan Tips Putik Kapas Ini Untuk Memudahkan Hidup Anda

Currency Converter

Kalau anda selama ini tidak pernah tahu dengan semua perkara yang hebat dan menakjubkan yang putik kapas boleh lakukan untuk hidup anda, kali ini anda pasti akan rasa lega apabila anda akhirnya sudah tahu antara tips-tips kecantikan hebat ini dan kami jamin ia akan memudahkan hidup anda.

Nota sampingan: tips ini sangat berguna bagi anda yang suka mengembara atau sentiasa bergerak ke sana sini.

 

  1. Sembur perfume pada beberapa putik kapas

cos-03-qtip-hacks-de

Tips ini sangat berguna untuk anda yang mahu travel dan malas bawa perfume bersama (tambah-tambah bila botol perfume tu besar dan berat). Anda hanya perlu sembur perfume pada beberapa putik kapas, dan simpan mereka dalam beg kedap udara.

 

  1. Simpan eyeshadow guna putik kapas

roll-the-ends-of-q-tips-in-your-favorite-eyeshadows

Satu lagi tips untuk anda yang kuat mengembara, jika anda masih mahu kelihatan menawan dengan makeup tetapi malas membawa satu bekas eyeshadow itu bersama, gunalah putik kapas dan bawa mereka bersama anda.

 

  1. Guna putik kapas untuk contour muka anda

20_cong_dung_lam_dep_nhanh_va_re_bat_ngo_cua_tam_bong_jpg15

Ya, anda tak perlu lagi bawa berbatang-batang berus bersama, apa yang anda perlukan hanya lah beberapa putik kapas, dan contourlah muka anda sehingga anda mencapai rupa yang anda mahukan.

 

  1. Bersihkan lebihan penggilap kuku anda

dsc01241-718x516

Kadang-kadang mereka yang dah expert dalam memakai penggilap kuku pun akan membuat beberapa kesilapan, apa entah lagi kita yang biasa-biasa ni. Oleh itu, mudahkan kerja anda dengan guna putik kapas dan bersihkan apa-apa lebihan yang ada.

 

  1. Guna putik kapas untuk dapatkan rupa ‘smokey eye’

20-cong-dung-lam-dep-nhanh-va-bat-ngo-tu-tam-bong-12-1400553494

Bila kita kalut nak ke sesuatu majlis, memang tak akan ada masa yang cukup untuk buat rupa yang glamour. Jadi dengan tips ini, anda hanya perlu sapu apa-apa eyeshadow krim yang anda ada, dan tonyoh dengan lembut putik kapas pada mata anda, dan boom! – anda sudah dapat rupa smokey yang seksi itu.

 

  1. Sapu gam bulu mata palsu guna putik kapas

83acdfd8_qtips_ig_june_eyelash

Jika anda ingin mencapai ketepatan apabila meletakkan gam pada bulu mata palsu anda, hanya gunakan putik kapas dan anda tidak akan mendapatinya sukar walau sedikit pun.

 

 

Sumber: topdreamer



Older Post Newer Post


Leave a comment