Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Fenomena Ais Dan ‘Salji’ Sedang Berlaku Di Gunung Kinabalu

Currency Converter

Dengan suhu serendah -3°C melanda gunung tertinggi di negeri Sabah sebelum waktu subuh pada 17 Januari lalu, ramai yang telah membuat spekulasi bahawa gunung tersebut bakkal ‘dihujani’ salji.

Malah menurut laporan ketua ranger, Martin Moguri juga menunjukkan terdapat tanda-tanda akan turunnya salji di puncak  gunung tersebut di Crocker Ranger pada kira-kira pukul 4 pagi.

Baru-baru ini, disebabkan tekanan tinggi angin sejuk dari Siberia, cuaca di gunung tersebut menjadi amat sejuk hingga terbentuknya ais.

bee6
Sumber: Facebook Robert Tan Sri Lai
390152_10150474799235784_658460783_8965047_1383813458_n
Sumber: Sabahup2date

Berdasarkan The Star Online, fenomena yang jarang berlaku itu telah membuatkan permukaan kolam harapan di gunung tersebut membeku serta kelihatan tompokan salji di beberapa kawasan.

Laban Rata yang telah mencecah suhu paras beku juga dilaporkan dipenuhi dengan embun beku dan membuatkan kawasan tersebut kelihatan seperti dituruni salji.

kinabalu-ais-2
Sumber: Sayang Sabah

Bulan Februari dikatakan salah satu bulan yang paling sejuk di negara kita disebabkan oleh monsun timur laut dan cuaca sejuk ini dijangka akan berterusan hingga bulan Mac.

Jadi, bagi pendaki-pendaki tegar dan anda yang belum pernah merasa cuaca sejuk di luar sana, inilah peluang anda untuk alami fenomena ais dan salji ini.



Older Post Newer Post


Leave a comment