Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Eratkan Hubungan Keluarga Anda

Currency Converter

Eratkan hubungan keluarga Anda

 

 

HUBUNGAN kekeluargaan begitu penting sekali kerana tanpa keluarga siapalah kita ini. Dalam keadaan teknologi yang semakin canggih, jarang sekali kita dapat melihat satu keluarga memanfaatkan masa bersama-sama.

Apabila ke kedai makan, seringkali kita melihat fenomena di mana orang lebih mengutamakan telefon pintar mereka daripada berbual di meja makan, pendek kata hanya jasad sahaja yang ada di situ tetapi minda sudah terbang entah ke mana.

Ya, teknologi kini memang boleh menghubungkan kita dengan orang tersayang akan tetapi, tanya semula diri sendiri berapa kali sehari kita menghubungi ibu bapa atau adik beradik kita bertanya khabar?

Walaupun ada medium Whatsapp namun boleh dikira berapa kali sahaja ia digunakan.

Justeru, janganlah mudah hanyut di dalam dunia teknologi ini dan mula lakukan aktiviti bersama keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini.

1. Makan malam bersama

Semua perkara boleh diselesaikan melalui makan. Pada masa inilah satu keluarga boleh berkumpul beramai-ramai dan ceritakan hari masing-masing.

Jika ahli keluarga duduk berjauhan, pilih satu hari untuk anda semua berkumpul dan berkongsi perkembangan baru masing-masing.

2. ‘Barbeque’

Mungkin aktiviti ini lebih menyeronokkan jika lebih ramai yang menyertainya, sesuai dibuat pada malam hari dan pelbagai aktiviti lain juga boleh diselitkan seperti permainan kad, ‘board games’ dan lain-lain.

3. Menonton wayang bersama

Ya, apa salahnya jika satu keluarga keluar menonton wayang bersama-sama (walaupun sudah dewasa). Jangan pula anda ingat bahawa ibu bapa anda tidak sukakan aktiviti ini, jika tidak cuba, tak tahu kan?

Lagipun, selalunya ibu bapa merasa seronok jika anak-anak mengajak mereka keluar bersama, dapatlah merasa ‘darah muda’.

4. Bercuti bersama

Ramai yang suka melancong kan? Jika ada bajet lebih, apa salahnya bawa sekali ibu bapa atau ahli keluarga lain, mereka pun ingin merasa juga.

Selain itu, percutian bersama ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana dapat mencipta memori bersama orang tersayang.

5. Buat perancangan bersama

Contohnya seperti ingin merancang percutian, kerja rumah ataupun urusan jual beli kereta, apa kata anda cuba bincang dengan ibu bapa ataupun ahli keluarga.

Mungkin ia kedengaran remeh kerana harus berbincang  dahulu mengenai perancangan anda, namun begitu apabila berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa ahli keluarga anda penting.

6. Wujudnya tradisi keluarga

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu adalah tradisi keluarga, contohnya makan malam setiap minggu, bercuti satu keluarga dan lain-lain.

Wujudkan ia, barulah anda rasa seronok untuk berjumpa ahli keluarga yang lain.

7. Buku Skrap dan foto album

Tiada apa yang lebih berharga daripada gambar-gambar kenangan anda bersama dengan keluarga.

Jika ada masa terluang, apa kata cuba anda buka kembali foto album dan imbau kembali nostalgia yang ada di gambar itu bersama keluarga.

8. Sertai program sukarelawan/ marathon bersama keluarga

Jika anda perasan saban minggu ada sahaja program sukarelawan ataupun marathon, apa kata anda cuba sertainya bersama dengan keluarga?

Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga anda beriadah dan menyahut cabaran gaya hidup sihat.

9. Belajar skil baru bersama-sama

Orang kata ‘It’s never too late to learn (tidak pernah terlewat untuk belajar), oleh itu apa kata anda cuba memasuki  kelas kemahiran bersama dengan ibu bapa anda, seperti kelas membuat kek, pertukangan, menjahit ataupun bahasa.

Melalui aktiviti ini, ada perkara yang dapat anda bualkan sambil mempelajari perkara baru.

10. Solat bersama

Solat merupakan salah satu tiang agama dan kunci kebahagian keluarga. Oleh itu, amalkan solat berjemaah bersama keluarga kerana pahalanya berlipat ganda serta ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan melalui aktiviti ini.



Older Post Newer Post


Leave a comment