Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Elak 5 Perkara Ini Lepas Makan Kalau Nak Kurus!!!

Feredea Affan Kesihatan




Cara gaya hidup kita biasanya akan mempengaruhi berat badan kita melalui pemakanan ataupun aktiviti seharian yang dilakukan dan ada beberapa perlakuan sekiranya anda lakukan yang menyukarkan berat badan anda sukar untuk turun.


Mungkin anda boleh elakkan melakukan beberapa perkara ini jika anda ingin mengurangkan berat badan dan mempunyai bentuk tubuh yang menarik.



1. Buka butang seluar atau tali pinggang

Lazimnya apabila kekenyangan selepas makan pasti anda akan melonggarkan sedikit tali pinggang ataupun membuka butang kemeja supaya lebih selesa. Akan tetapi perlakuan ini akan membuatkan otot perut anda kendur dan perut menjadi buncit. Seeloknya biarkan makan dalam kuantiti yang diperlukan supaya perut anda tidak rasa begitu penuh.



2. Jangan tidur dulu

Apabila sudah kenyang pasti mata akan berasa mengantuk dan kalau disorongkan bantal memang terlena terus. Sebaiknya tahan dulu mengantuk anda supaya proses pencernaan dapat berlaku dengan baik, seeloknya anda tidur selepas dua jam waktu makan.



3. Mandi

Petua orang tua juga mengatakan tak elok mandi selepas makan. Ini kerana selepas mandi suhu badan anda akan menurun dan merendahkan proses metabolisme.



4. Senaman berat

Senaman memang suatu aktiviti yang baik namun elakkan daripada melakukan senaman yang terlalu berat kerana boleh menyebabkan sakit perut dan kekejangan.



5. Merokok


Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam badan dan sekaligus mempengaruhi proses pencernaan dan meningkatkan risiko penambahan berat badan. Lagipun merokok memang tak bagus untuk kesihatan anda.

Bagi girls kat luar sana... Untuk lebih mujarab , Uolls kena lah pakai Korset tuk dapatkan bentuk badan yang kurus, ramping dan cantik dengan pantas dan selamat 



Older Post Newer Post


Leave a comment