Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Berjumpa Geisha Sebenar Di Osaka

Currency Converter

Sebuah pusat kebudayaan di Osaka telah membuka sebuah kafe geisha, di mana pelawat dapat bertemu dengan geisha yang sedang menjalani latihan dan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang “ahli seni persembahan” Jepun.

Jarang sekali dapat dilihat, geisha di dalam kehidupan sebenar adalah watak yang sukar ditangkap dengan lensa kamera. Anggun dan teliti, wanita-wanita ini tidak diketahui untuk berhenti dan bergaya sebelum gambar diambil, mereka selalunya bergerak dengan cepat dengan kepala sentiasa ditundukkan.

Terang AFPRelaxnews lagi wanita yang sering bergaya sebelum ditangkap gambar,  besar kemungkinan adalah pelancong yang berpakaian seperti geisha.

Latar belakang geisha

Maikoya Osaka, sebuah pusat kebudayaan di Osaka yang digelar sebagai ruang di mana pelawat boleh bertemu secara terbuka dengan geisha pelatih yang dikenali sebagai maiko serta belajar tentang seni Jepun tradisional. Ia terletak di Shinmachi yang pernah digunakan untuk menempatkan kediaman geisha sehingga pertengahan 1980-an.

“Seorang geisha mestilah tahu melakukan seni dan kraf tradisional Jepun seperti upacara minum teh, memakai kimono, memainkan shamisen, menggubah bunga, dan mempersembahkan buyoo, sejenis tarian tradisional Jepun,” kata pengurus Maiko Cafe, Miho Hirata.

Seorang geisha memainkan shamisen

Golongan geisha komuniti misteri

Kami mahu mendidik orang ramai bahawa geisha adalah seniman dan bukanlah kupu-kupu malam kelas atasan.”

Secara tradisinya, komuniti geisha adalah sebuah komuniti yang dipenuhi misteri, rahsia, hubungan-hubungan dengan orang-orang atasan serta tidak mudah diakses oleh orang-orang asing.

Perkhidmatan geisha boleh didapati pada masa kini

Namun begitu, kebelakangan ini terdapat pelancong yang sanggup membayar lebih US $ 1,000 (RM4,264) untuk meluangkan sepetang di sebuah ochaya tradisional (rumah teh) supaya dapat merasai pengalaman dilayan geisha tulen. Perkhidmatan ini  didapati menerusi penyambut tetamu hotel lima bintang dan ryokanmewah (sebuah rumah tumpangan tradisional Jepun).

Mereka yang mempunyai bajet yang kecil kini boleh belajar seni upacara minum teh dengan maiko pada harga sekitar US $ 90 (RM384) di Maiko Cafe. Menu ini juga menampilkan “ais krim emas” dan sandwich daging lembu Kobe yang berharga AS $ 300 (RM1,281), yang diliputi dengan kepingan emas.

Lokasi terbaik untuk melihat geisha tentu sahaja di Kyoto, tempat kelahiran budaya geisha.

Seorang penterjemah bahasa Inggeris juga akan sentiasa ada di sisi untuk memudahkan proses komunikasi.

Gion Hatanaka di Kyoto menawarkan pakej untuk menikmati juadah di bilik tatami tradisional serta ditemani seorang maiko.



Older Post Newer Post


Leave a comment