Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Barah Ovari: Penemuan Terbaru Dapat Membantu Pengesanan Pada Peringkat Awal

Currency Converter

Barah ovari adalah barah keempat paling kerap dihidapi wanita Malaysia dengan kira-kira 700 kes baru dilaporkan pada setiap tahun di negara ini lapor laman web Malaysian Digest.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Profesor Woo Yin Ling dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata tanda-tanda penyakit ini mungkin melibatkan ketidakselesaan atau sakit perut, mual-mual, cirit-birit, sembelit, kerap membuang air kecil, hilang selera makan, penurunan atau penambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, perasaan kenyang yang tidak diketahui sebab-sebabnya atau pendarahan dari faraj secara tidak normal.

Tiada kaedah pemeriksaan untuk mengesan barah ovari pada peringkat awal

Barah ovari yang dapat dikesan pada peringkat yang lebih awal boleh memberikan pesakit peluang yang lebih baik untuk pulih. Walaubagaimanapun buat masa ini, tiada kaedah pemeriksaan yang tersedia untuk mengesan barah ovari. Sebagai contoh,  kaedah mamogram untuk mengesan kehadiran kanser payudara.

Jadi tidak mengejutkan bahawa kadar pemulihan barah ovari adalah rendah. Hal ini kerana kira-kira 56 peratus kes barah ovari hanya dapat dikesan apabila ia sudah pada peringkat ketiga dan peringkat keempat.

Gambarajah menunjukkan perbandingan ovari yang menghidapi barah (kanan) dan ovari yang normal

Penemuan terbaru-barah ovari berpunca dari tiub fallopian

Di dalam sebuah laporan yang mungkin akan mengejutkan ramai wanita, penyelidik mengatakan kebanyakan kes barah ovari berpunca dari tiub fallopian, dan bukannya ovari.

“Berdasarkan pemahaman yang lebih baik tentang punca barah ovari, kajian kami mencadangkan strategi-strategi baru untuk mencegah dan mengesan barah ovari pada peringkat awal,” kata penulis senior kajian,  Dr Douglas Levine. Beliau adalah pengarah bahagian onkologi ginekologi di Pusat Barah Perlmutter, yang merupakan sebahagian daripada Langone Health, Universiti New York yang terletak di Bandar New York.

Untuk kajian ini, Levine dan rakan sekerjanya melakukan analisa genetik terhadap sel-sel barah ovari yang didapati daripada 96 pesakit lapor US Health.

Untuk sampai ke rahim, telur dari ovari perlu bergerak melalui tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Para penyelidik mendapati bahawa sel-sel barah ovari mempunyai persamaan dengan sel-sel yang didapati menyeliputi hujung tiub fallopian (sel tubal).  Sel-sel barah yang didapati  tidak mempunyai persamaan dengan sel-sel ovari.

“Kami tidak menemui perbezaan di dalam 20,000 gen yang kami kenali. Ini menyebabkan kami percaya bahawa kanser ovari ini berpunca dari tiub fallopian,” kata Levine.

Penemuan ini dapat mengesan barah ovari pada peringkat yang lebih awal

Berita baiknya adalah jika tanda-tanda untuk sel-sel tubal ini dijumpai, maka ujian terhadap darah, Pap smear lanjutan atau ujian terus terhadap tisu tiub fallopian mungkin dapat menunjukkan barah ovari pada kadar yang lebih awal, kata penyelidik kajian.

Menurut  penyelidik lagi, tiub fallopian wanita juga mungkin boleh dibedah keluar (hal ini lebih baik daripada membedah keluar ovari), untuk mengurangkan risiko barah ovari terhadap mereka yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

Laporan ini telah diterbitkan dalam talian pada 17 Oktober lalu di jurnal Nature Communications



Older Post Newer Post


Leave a comment