Be Confident Slim & Active
Cart 0

Aktiviti DIY Bersama Keluarga

activity Famili family Keluarga pendidikan Psikologi riadah Rumahtangga

Aktiviti DIY Bersama Keluarga

 

Masa hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga setekah masing-masing sibuk mencari rezeki dan bersekolah. Masa hujung minggu haruslah dihabiskan secara berkualiti bersama insan tersayang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga:

#1 Mengemas dan menghias rumah

cleaning

Masa hujung minggu hanyalah masa yang sesuai untuk mengemas dan menghias rumah. Rumah yang bersih dan kemas dapat menjamin keluarga yang bahagia. Tambahan pula, mengemas rumah bersama anak-anak dapat melatih anak-anak menjadi seorang yang betanggungjawab. Berilah peluang untuk anak-anak menghias rumah, mereka pasti menyukainya.

#2 Mencuci kereta

carwash

Anak-anak pasti menyukai air dan buih sabun. Aktiviti membasuh kereta sememangnya aktiviti menyeronokkan kerana anak-anak lebih suka dengan buih sabun dan juga air. Anak-anak juga dapat bermain air dan berseronok bersama ibu bapa mereka. Aktiviti ini jauh lebih selamat daripada membawa anak-anak berkelah di tepi pantai atau air terjun yang terdedah kepada risiko.

#3 Memasak

shutterstock_267810020

Menyediakan sarapan pagi, makan tengahari atau minum petang bersama anak-anak sememangnya aktiviti menyeronokkan. Di samping dapat menyediakan makanan berkhasiat kepada seisi keluarga, anak-anak dapat belajar memasak makanan ringkas, sebagai asas sebelum ibu bapa membenarkan mereka untuk mengendalikan alatan dapur yang lain.

Antara menu ringkas yang boleh disediakan bersama anak-anak ialah sandwic, nasi goreng ataupun agar-agar. Beri mereka peluang untuk memilih bahan-bahan memasak dan menyediakan bahan mentah supaya mereka menjadi lebih kreatif.

#4 Berkebun

gardening

Berkebun sememangnya aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan juga dapat menenangkan minda. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan anak, aktiviti ini dapat memupuk sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak untuk mengenal nama tanaman, dan juga kanak-kanak belajar untuk menggunakan peralatan kebun. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar sejak usia awal lagi.

#5 Beriadah

playground

Salah satu cara ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak adalah dengan beriadah. Membawa anak-anak bermain di taman permainan, sememangnya aktiviti menyeronokkan untuk anak kecil dan akan menjadi kenangan terindah apabila anak meningkat dewasa.

#6 Kesenian Dan Kraftangan

arts crafts

Terdapat pelbagai aktiviti kraftangan dan kesenian yang boleh anda lakukan bersama keluarga tersayang. Kanak kanak memang suka membuat kraftangan dan ianya adalah lebih seronok jika dilakukan bersama ibu dan ayah. Biarkanlah mereka meneroka minda dan menjadi kreatif. Cadangan kami adalah seni kertas yang senang didapati dimana sahaja.



Older Post Newer Post