Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

Aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak

Currency Converter

Cuti sekolah kali ini mungkin pendek tetapi masih cukup bermanfaat untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak. Kami bawakan beberapa aktiviti pilihan untuk anda pertimbangkan.

Ibubapa! Bersedialah untuk cuti sekolah yang bakal menjelang. Anak-anak yang tidak dirancang cuti persekolahannya pasti akan berasa bosan dan rugi kerana masa cuti dibiar berlalu begitu saja. Bagi membantu anda, kami bawakan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan bersama dan beberapa program yang boleh diikuti di luar.

Aktiviti bersama

Lakukan hobi bersama: Cari hobi baru yang kita dan anak-anak sama-sama minat. Pastikan ada sesuatu yang baru anda atau mereka dapat pelajari. Antaranya: aktiviti menyediakan snek ringkas (bebola ayam, cupcakes, stik snek sayuran), bersukan (bermain bola, badminton), membaca al-Quran dan hadith, menghafaz ayat-ayat lazim, menonton filem kegemaran, membaca dan melukis (di atas kertas atau pada wajah).

Berkebun dan bercucuk tanam: Sempena Hari Bumi Sedunia Mac ini, bagi mereka yang mempunyai ruang di luar rumah, mulakan satu projek bercucuk tanam bersama-sama. Tanamlah sayuran kegemaran atau bunga-bungaan dan belajar bersama membuat baja kompos. Aktiviti ini dapat memenuhi masa lapang melangkaui cuti sekolah dan juga mendekatkan diri kepada alam.

‘Spring Cleaning’: Apa kata ajak anak-anak mengemas rumah, bermula dengan bilik mereka. Tanyakan jika mereka punyai barang-barang yang tidak digunakan dan apa yang mereka ingin lakukan terhadapnya. Minta anak-anak untuk memeriksa barang-barang mereka sendiri. Anda boleh mencadangkan untuk menderma barang-barang yang masih baik tetapi tidak perlukan lagi.

Melawat saudara mara: Inilah masanya untuk kita dan anak-anak melawat sanak saudara yang berada di luar kawasan, terutama sekali yang berada jauh dan jarang ditemui. Selain kita sendiri dapat mengeratkan silaturahim, anak-anak juga dapat mengenal saudara mara yang jauh. Perjalan sekeluarga juga memberi peluang untuk kita bermesra dengan anak-anak dan mendengar mereka bercerita.

Melawat merka yang kurang bernasib baik: Ambillah peluang masa lapang anak-anak ini untuk menerapkan rasa perihatin mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Bawa mereka melawat golongan ini, sama ada rakan-rakan mereka sendiri atau mana-mana pusat penjagaan seperti rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim. Anjurkan kepada mereka untuk membawa buah tangan atau minta mereka pilih aktiviti apa yang mereka ingin lakukan di sana.

Aktiviti setempat: Dapatkan maklumat aktiviti setempat seperti gotong-royong dan acara sukan. Ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan kita sesama penduduk setempat, ia juga memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenal rakan-rakan baru dan beraktiviti bersama rakan-rakan sekolah.

Program luar

5th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta: pelbagai aktiviti disediakan termasuk pertandingan menaiki belon udara panas, pertunjukan belon udara panas dan extreme sports seperti paint ball, memanjat tembok dan KMX. Pengunjung juga berpeluang menaiki belon udara panas dan helikopter pada fi minima. Lawati: http://www.myballoonfiesta.com/

KidZania: merupakan pusat edutainment sekeluarga yang menawarkan pembelajaran dan hiburan secara interaktif untuk kanak-kanak dalam satu bandar bersaiz kanak-kanak. Pengalaman di sini menjanjikan anak-anak dengan pengalaman kehidupan sebenar, memberi inspirasi, pemerkasaan dan mengajar anak-anak melalui aktiviti role-play. Lawati: http://www.kidzania.com.my/

Petrosains & Sultan of Science: terlalu banyak aktiviti dan maklumat berkaitan sains dan alam sekitar di sini. Antara pameran dan pendidikan yang terdapat di sana Mac ini termasuk Our Earth Our Home, Sultan of Science dan Petrosains Dino Trek (Miri, Sarawak). Lawati: http://www.petrosains.com.my/

Program Cuti Sekolah @ Lara’s Place: pelbagai aktiviti membina skil dan kreativiti disediakan seperti Kids Money Programme, Baking dan Manners club dengan fi yang berpatutan, khas untuk kanak-kanak pra-sekolah, sekolah rendah dan remaja sekolah menengah. Lawati: http://larasplace.my/school-holiday-program-2/

School Holiday Robotic Camp: cabar anak-anak menunjukkan skil mereka dalam bidang robotik. Jika ini kali pertama, mereka akan diajar membina robot dari mula hingga akhir dan menggerakkannya serta mencabar robot-robot lain. Kem ini memakan masa sehari (10am – 5pm) beserta makan tengahari (halal). Sijil dan barangan robotik juga diberikan. Lawati:
http://www.edu360.com.my/Robotics_Children_school_holiday_program_Petaling_Jaya.html

Genius Soleh v3.0: aktiviti yang disediakan termasuk English is Fun, Transformasi Qalbu, Oh, Mudahnya Tajwid!, Praktikal Solat, Bijak Sifir Bijak Matematik dan Ta’limul al-Lughoh al-‘Arabiah. Lawati: https://www.facebook.com/events/499699746742487

Pelbagai aktiviti lasak pada harga berpatutan: menyediakan aktiviti lasak tetapi menghiburkan seperti melawat ladang pelbagai jenis haiwan, menunggang kuda, berkemah, jungle tracking, memancing, berakit di sungai, memanjat gunung dan safari malam. Tempat tinggal yang selesa disediakan termasuk makan dan minum. Lawati: http://diuluhati.blogspot.com/



Older Post Newer Post


Leave a comment