Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

9 Tanda Kamu Sudah Memiliki Suami Terbaik

Feredea Affan Kahwin



Walau pun suami tak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar ciri ini. Tak semua manusia sempurna bukan.

Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh para isteri lain.



1. Dia masih cuba memenangi hati

Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.



2. Dia meminta nasihat anda

Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat anda sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai isterinya.


3. Dia memuji isteri ketika bersama temannya

Dia menghargai anda dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.



4. Dia suka pegang tangan isteri

Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan si isteri. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu ‘saya mengambil berat tentang awak’.


5.Dia tidak menonton cerita lucah

Intimasi hanyalah bersama isterinya bukan dengan orang lain atau menonton filem lucah.


6. Dia buat kerja kotor

Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak atau membersihkan stor rumah.



7. Dia menikmati masakan isterinya

Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan isteri.


8. Dia ketawa mendengar lawak anda

Dia tidak terlalu serius, anda boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak anda.


9. Dia jaga hubungan dengan Tuhan

Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak dalam hal agama.



Macam mana adakah ciri-ciri ini ada pada suami anda? Mesti ada kan, kalau tak semua tak mengapa. Bukankah kita dan suami ditakdirkan bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.

You all kalau nak nampak ramping, mantap click sini hokay...
Pasti husband you senang nak dengar pendapat you... sebab perempuan tahu jaga body, suami senang nak dengar cakap...click sini http://islalisacorset.com


Older Post Newer Post


Leave a comment