Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

7 Tempat Diving Terbaik Di Asia Tapi Di Manakah Syurga Laut Itu?

Currency Converter

Jadi, anda nak tahu di mana tempat yang terbaik untuk menyelam di Asia?

Untuk pengetahuan anda Asia adalah salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menyelam bagi menerokai kehidupan laut . Bagi pencinta selam, kami akan memberi inspirasi kepada anda untuk keluar dan meneroka lautan dengan menunjukkan anda destinasi-destinasi menyelam yang terbaik di Asia dan tentu ia merupakan syurga laut buat anda.

  1. Raja Ampat – INDONESIA
raja ampat
Imej Kredit:Outdoorjapan

Raja Ampat adalah kepulauan yang terdiri daripada beribu-ribu pulau kecil, sekitar 4 pulau utama iaitu Misool, Salawati, Batanta dan Waigeo. Kawasan ini adalah rumah kepada lebih 1500 spesies ikan, taman karang keras dan lembut dan juga  haiwan besar. Keindahan dasar lautan di Raja Ampat juga dianggap sebagai salah satu lokasi  yang terbaik untk menyelam di dunia.

raja-ampat
Imej Kredit:jelajahtourkalteng

2.  Pulau Sipadan – MALAYSIA

Imej Kredit: Sini Kaki

 Pulau Sipadan adalah salah satu destinasi menyelam yang paling popular di Asia. Tebing karang ini merupakan yang terbesar di Selatan Timur Asia dan juga antara tempat yang mempunyai  biodiversiti marin tertingggi di dunia.

Terdapat juga stesen pembersihan yang menarik seperti adanya pari kola, devil rays dan semua jenis jerung. Ia juga dianggap sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk kehidupan makro. Di sini anda boleh melihat kuda laut Pygmy ,Ikan Flamboyant Cuttle, Ikan Mandarin dan kehidupan laut yang lain yang masih belum dikenal pasti.

Imej Kredit:MalaysiaTravel

3.  Jellyfish Lake – PALAU

Imej Kredit: Peter Verhoog/Pinterest

Jellyfish Lake terletak di sebuah pulau yang tidak didiami di luar pantai Koror di Palau. Ia adalah satu tasik laut, salah satu daripada 70 yang boleh didapati di kepulauan Pasifik Selatan ini. Ia pernah dihubungkan dengan laut suautu ketika dahulu, tetapi kini sudah terputus. Tasik ini diasingkan menjadi tempat yang sempurna untuk letupan obor-obor dan tanpa pemangsa, jadi tasik yang kecil ini benar-benar dipenuhi dengan obor-obor.

Imej Kredit: Yahoo

4.  Kepulauan Mergui – MYANMAR

Imej Kredit: WowAndman

800 pulau yang membentuk Kepulauan Mergui ditemui di laut jauh selatan Burma. Ia adalah rumah kepada barakuda, Dogtooth tuna, ikan kelawar, ikan unicorn dan trevallies. Terdapat Juga, haiwan marin yang besar seperti pari kola, ikan yu paus, terumbu kelabu dan jerung putih.

5.  Tubbataha Reef – FILIPINA

Imej Kredit: SailDiving

Taman Laut Negara Tubbataha Reef adalah rumah kepada beberapa tempat menyelam yang terbaik di Filipina dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dianggap sebagai salah satu tempat terumbu karang yang paling luar biasa di planet kita. Terumbu tersebut terletak di kawasan yang unik di dalam air, biodiversiti yang luar biasa dan  haiwan marin yang besar seperti jerung, penyu dan pari kola hanyalah  perkara biasa.

Imej Kredit: Panduanwisata

6.  Kepulauan Karama, Okinawa – JAPAN

Imej Kredit: Flickr

Kepulauan Kerama dikelilingi dengan lebih daripada 50 tapak menyelam yang penuh dengan kehidupan akuatik dan pemandangan laut yang unik. Di sini airnya bersuhu panas dan penglihatannya sebanyak 100 + kaki. Ketika anda menyelam di sini , anda akan dapati tempat ini sangat seperti terdapatnya pelbagai terumbu karang, kapal karam, dan gua. Ikan paus kelasa juga terdapat disini dan ia akan melawat pulau-pulau ini dari Februari hingga April.

7.  Fotteyo Kandu – MALDIVES

Imej Kredit: Maldives.com

Fotteyo Falhu adalah tebing karang terbesar di Maldives dan dianggap sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di negara ini. Di sini terdapat banyak terumbu kelabu dan jerung putih, ada juga kemungkinan anda akan dapat melihat ikan yu hammerhead . Pastikan untuk menyemak apakah liveaboards terbaik yang ada di Maldives semasa percutian menyelam anda.

Imej Kredit:DiveTheWorld

Jadi dimanakah destinasi menyelam terbaik yang anda ingin pergi dahulu?

Sumber: The Adventure Junkies



Older Post Newer Post


Leave a comment