Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

5 Tempat Buaian Menarik Yang Anda Patut Cuba

Currency Converter

Buaian bukan sahaja untuk kanak-kanak malah ramai orang dewasa juga gemar merasai keserenokannya. Ia seperti anda dapat terbang di udara sambil menikmati angin bayu dan pemandangan cantik di tempat tinggi. Jika anda suka main buaian, anda patut cuba di beberapa tempat ini.

 

  • Pantai Batu Buruk, Terengganu, Malaysia

Ingin menaiki buaian sambil melihat pemandangan pantai? Apa kata anda pergi ke Pantai Batu Buruk di Terengganu. Berlatar belakang pantai, ia menjadi tempat yang menarik untuk mengambil gambar dan bersantai seisi keluarga.

Sebanyak empat buah buaian telah dibina di lokasi pelancongan Pantai Batu Buruk Kuala Terenggan.  Pembinaan buaian ini juga sempena kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 oleh kerajaan negeri.

Imej Kredit: Twitter
Imej Kredit: Twitter
  • The Lodge Maribaya Lembang, Indonesia

Mari mencuba buaian di tempat yang tinggi seperti di The Lodge Maribaya Lembang, Indonesia. Menjadi bualan ramai juga tentang tempat ini kerana terdapat aktiviti menarik yang mereka sediakan. Di sini bukan sahaja terdapat Sky Swing (buaian) malah terdapat aktiviti lain yang terkenal seperti Zip Bike dan Sky tree.  Tidak rugi jika anda ke sini.

SkyWing Imej Kredit: Kesiniaja
Sky Bike Imej Kredit: KingAdventureIndonesia
  • Bukit Bulu, Malang, Indonesia

Selain di Lembang, buaian di Bukit Bulu Indonesia juga menjadi satu tarikan yang menarik untuk anda lawati dan cuba. Mari menguji adrenalin anda menaiki buaian yang tinggi di atas bukit ini. Selain itu anda juga boleh melihat pemandangan bukit-bukau di atas pelantar yang berbentuk ‘’I LOVE U ’’. Bagi yang ingin berbulan madu di Indonesia, jangan lupa ke tempat ini melihat pemandangan indah bukit-bukau bersama pasangan anda. Tentu romantik!

Buaian Imej Kredit: Google
Melihat pemandangan dari atas  Imej Kredit: Wisatalova
  • Gili Trawangan, Lombok, Indonesia

Ombak sunset di Lombok menjadi antara tmpat yang terkenal di dunia dengan buaiannya di dasar pantai sambil menikmati keindahan matahari terbenam di  Pantai Gili Trawangan.  Bukan sahaja dapat melihat matahari terbenam, air laut yang jernih membiru juga menjadi tarikan utama disini.

Ombak Sunset Imej Kredit:room5.trivago.com
  • Kirby Cove, San Francisco, California

Di Kirby Cove dari sini anda boleh melihat pemandangan Jambatan Golden Gate dan dapat melihat seluruh pemandagan San Francisco di bawah anda dan ia sangat berbaloi. Tambahan, terdapat buaian kecil yang hebat  menyambut anda di akhir itu.

Imej Kredit: Yelp

Jadi, buaian mana satu yang anda ingin cuba dahulu?



Older Post Newer Post


Leave a comment