Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

5 Sebab Pakai Bengkung Korset Selepas Bersalin

Currency Converter benkung bersalin korset

Mulanya saya tak minat nak pakai bengkung lepas bersalin sebab rasa senak nafas dan susah nak bergerak. Maklumlah bengkung beranak ni susah nak pakai. Nak kencing berak pun susah. 

Satu lagi rumah mak saya tak ada aircon. Punyalah panas. Cubalah bayangkan lepas pakai bengkung tu kena pakai baju plak. Tak kan nak pakai bengkung saja. Stokin pun kena. Saya pulak jenis cepat berpeluh. So, demi nak sedapkan hati mak saya pakai 3 hari saja. Itu pun seksa.

Tapi selepas habis pantang, saya tengok bentuk badan saya ni dah membesar. Especially bahagian pinggul dan pinggang. Perut memang la ....

 


Kini, saya ingin berkongsi maklumat tentang bengkung buat bakal ibu di luar sana. Moga maklumat ini dapat membantu anda.

Sekarang ni zaman moden, kita dah payah nak susah2 nak pakai bengkung yang melilit-lilit. Cubalah korset yang moden yang mudah di pakai dan paling penting mudah nak pergi ke toilet. So, saya nak share korset yang senang nak pergi toilet jenis cangkung atau duduk. 

 

Ini korset yan boleh pakai tapi cover perut dan lengan. Ada jenis orang yang lemak dia tertumpu pada lengan. So, try this one. 

 

Ini bengkung yang paling malas nak cover perut aja. Zip zap, sekejap aja, tak payah nak cangkuk dan tak bertali. Kelemahannya ada nampak la gelembung tu dalam baju so tak rasa konfiden. Kalau kat rumah saja okler.

 

 

Inilah yang saya pakai masa berpantang. Ada magnet dan tidak bertulang, ada lubang bahagian bawah tuk memudahkan kita mencangkung bila nak ke toilet. Kalau jenis toilet duduk, boleh, tapi pastikan tempat duduk tu kering dan bersih, barulah mudah kan. 

 

Ini korset yang encik somi belikan. Ada juga masa-masanya saya pakai masa berpantan. Tapi susah nak pergi kencing. Best juga, saya pakai bengkung ni. Dia tahu saya jenis malas nak jaga badan, so dia siap-siap belikan. 

Ini yang saya beli, buat koleksi. Ada masanya nak pakai half saja, sebab lengan saya tak ada masalah. Perut tu yang membuncit.

Bengkung ni pun aku suka pakai, sebab aku jenis tak suka grip kuat. Suka dan enjoy makan. Kalau yang ada cangkuk tu. Kejap aja dah rasa kenyang. Yang ni boleh la rasa selesa. Kalau you all suka yang bercangkuk tu tabik la, memang grip you all. Pakai seminggu dah nampak ramping. 

 

So sorry gambar ni sensor, tapi nak tunjuk yang jenis ni senang nak pergi toilet yang jenis duduk tu. Jenis ni pun aku ada buat koleksi. Selesa juga. Best. 

 

Korset berlengan Perfect body corset PBC pun aku ada buat koleksi. Kainnya sedap dan berkualiti. Terasa tegak aja badan pakai korset ni. 

Jenis pun ada, seronok pakai korset ni. So kalau you all yang berlemak di lengan boleh la try ni. 

Bengkung Sajad pun aku dah try. Boleh cover perut dengan menegakkan badan dengan tulang yang stabil. Memang jeles tengok body sajad. Bengkung sajad ni aku beli rasa nak pakai bile tengok IG dia. Puh! jangan mengata. 

Ini pulak koleski korset cosway. Korset ni ada dua lapisan. Kainnya jenis elastik dan rasa sedap dipakai. 

 

Korset Elken ni pun best. Tapi aku tak la pakai sebab tak mampu. riban-riban, dan tak reti nak cari downline. So kalau you all yang berkemampuan lebih tu boleh la cuba. 

So, sekarnag ni ada banyak jenis bengkung. Pakai korset atau bengkung ni macam pakai baju juga. ada jenis yang kita rasa tak selesa, ada orang rasa selesa pakai bengkung jenis lama tu. So terpulang pada uolls. Apa yang penting bentuk badan itu boleh kontrol. nampak slim ramping. Jangan biarkan diri kita nampak lebih tua dari usia. So jagalah bentuk badan. Sayang diri. hehehehe

Selamat mencuba. 

 Korrang yang berminat nak tengok lagi banyak koleksi korset, bengkung, shaper boleh klik sini https://islalisa.com/collections/slimming-corset



Older Post Newer Post


  • Halimah on

    Saya dah penah pakai korset islalisa, cosway. Terbaik semua

  • Halimah on

    Saya dah penah pakai korset islalisa, cosway. Terbaik semua


Leave a comment