Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

5 Petua Orang Tua-tua Untuk Ketahui Jantina Anak Dalam Kandungan

Feredea Affan kesihatan Psikologi

Orang dulu-dulu memang pakar dalam membuat andaian berkaitan kandungan. Adalakalanya tekaan yang dibuat tepat tetapi ada juga sebaliknya. Anda boleh mendengar tetapi tidaklah digalakkan untuk percaya sepenuhnya. Bagaimana untuk mengetahui jantina anak mengikut petua orang tua-tua:

1. Jika wajah ibu berseri-seri, ada yang mengatakan anak lelaki kerana jika anak perempuan, wajah ibu akan tampak tidak berseri kerana anak tersebut telah mengambil seri wajah ibunya.
2. Jika garisan pada perut ibu menegak dari bawah ke atas dan kelihatan jelas, anak yang dikandungkan kemungkinan lelaki manakala jika garisan tersebut terputus, ia kemungkinan perempuan.

3. Jika perut ibu kelihatan tajam ke depan, anak dalam kandungannya kemungkinan lelaki. Manakala jika ia melebar ke tepi ia mungkin anak perempuan.

4. Gaya tidur ibu ke arah kanan memungkinkannya mengandung anak lelaki, jika sebaliknya, ia mungkin anak perempuan.

5. Jika ada perempuan yang suka pada ibu mengandung, kemungkinan anak yang dikandungkan adalah lelaki. Jika tidak, ia mungkin sama jantina. 

Inginkan keselesaan ketika melakukan senaman? Dengan kainnya yang tahan lasak, ia tidak panas apabila dipakai. Anda boleh cuba sport bra Islalisa sekarang! 




Older Post Newer Post


Leave a comment