Be Confident Slim & Active
Cart 0

5 Cara Berkesan Kuruskan Badan Ketika Tidur!

Tidur Pun Boleh Kurus?

“Susahnya nak kurus. Dah cuba macam-macam cara pun tak turun-turun berat badan”. Tahukah anda, jika anda kurang tidur dalam masa seminggu, berat badan anda akan naik sebanyak 1 hingga 2 kilogram.

Tidur yang cukup sangat penting untuk tubuh dan anda boleh cuba 5 cara mudah yang pastinya berkesan untuk kuruskan badan ketika tidur.

1 .Ambil minuman protein sebelum tidur Jika anda suka makan snek sebelum tidur, gantikan snek tak sihat anda tu dengan minuman protein. Protein akan merawat otot sepanjang malam dan lebih banyak kalori dimusnahkan ketika tidur.

2. Tidur dalam bilik gelap Tubuh akan menghasilkan hormon melatonin apabila anda tidur dalam bilik yang gelap. Ia buatkan anda lebih mudah untuk tidur dan membantu pembakaran kalori lemak.

3 .Rendahkan suhu bilik Suhu bilik yang sejuk membantu tubuh anda untuk membakar lemak ketika tidur. Bukan tu je, tidur pun lebih lena jika tidur dalam keadaan sejuk.

4.Tutup segala gadjet Sebelum tidur, pastikan anda tutup segala barangan elektronik atau gadjet. Kajian mendapati cahaya biru yang dipancarkan dari telefon pintar, boleh mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh, sekaligus mengganggu metabolisme.

5. Dapatkan tidur secukupnya Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme dikaitkan dengan obesiti. Kurang tidur buatkan anda gemuk!

Jom kita bersenam bersama dan tingkatkan motivasi dan energi mulakan hidup dengan lebih sihat cergas.. Pemakaian sport bra mampu berikan semangat, feel dan keselesaan yang berganda pada mereka yang aktif bersukan. Cubalah Islalisa Sport Bra. Dah ramai yang cuba, memang akan pilih sport bra untuk pakaian harian mereka. Selesa, sakit tengok dan sakit belakang pun hilang. Pilihalah sport bra pilihan anda. https://www.facebook.com/islalisabra/



Older Post Newer Post