Be Confident Slim & Active
Cart 0

4 Tips Kewangan Penting Untuk Generasi 90’an

Sedarkah anda bahawa saban tahun, perbelanjaan semakin meningkat dan sebenarnya anda sangat memerlukan perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan anda terduduk di penghujung hari.

Jika anda tidak mahu menyesal di kemudian hari, berusahalah untuk mencari alternatif agar anda dapat merancang masa depan yang lebih cemerlang. Oleh itu, kami kongsikan dengan anda beberapa tips untuk sama-sama kita amalkan.

1. Rekodkan Perbelanjaan Keluar Masuk Wang Anda Mungkin pada mulanya anda rasa tidak penting untuk rekod perbelanjaan keluar masuk duit anda, namun dengan melakukan perkara inilah kita dapat mengetahui kita sudah terlebih belanja atau tidak. Jika tidak dikawal, maka akan musnahlah harapan masa depan.

2. Simpan Wang Kecemasan Wang kecemasan sebenarnya sangat membantu di kala saat sangat memerlukan. Paling senang, simpan 20% daripada hasil gaji bulanan anda. Jika wang simpanan pun tidak mampu simpan, anda memang seorang yang cepat tewas.

3. Rancang Keluar Dari Hutang Jika anda berhutang, pastinya wang tidak akan cukup sampai bila-bila. Cara mudah untuk langsaikan hutang adalah dengan menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi – yang pasti melegakan anda buat masa panjang.

4. Ikuti Cara Ini Untuk Berbelanja Ikut Kemampuan Okay, ini cara cukup mudah untuk membuat pecahan perbelanjaan. Andaikan gaji anda ialah RM5,000. Kemudian tolak dengan komitmen bulanan contohnya RM2,000 maka tinggal lagi RM3,000. RM3,000/30 hari = RM100 (RM100 adalah had belanja anda untuk sehari selama sebulan) Maka anda perlu berbelanja mengikut kadar kemampuan anda sendiri agar tidak melebih bajet harian. Mahu senang lagi, longgokkan sekaligus perbelanjaan mingguan dalam satu angpau. Jika ada baki, bolehlah bawa ke minggu kedua dan seterusnya.



Older Post Newer Post