Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

3 Cara Untuk Kekal Cergas Semasa Anda Bercuti

Currency Converter

Ianya sudah diketahui oleh orang ramai bahawa bercuti adalah suatu masa yang anda dapat untuk berehat, bermalas-malasan dan menikmati permandangan yang menarik.

Tetapi, itu bukanlah 100% benar, kerana anda masih boleh kekal cergas walaupun anda sedang bercuti 5 hari 4 malam di resort mewah anda itu dengan:

 

  1. Mendalami diri anda dengan alam semulajadi

yoga-paddle-hero

Bercuti di resort ataupun chalet sepatutnya boleh membuat anda untuk berfikir luar daripada kotak bagi membuat rutin senaman anda menjadi lebih kreatif.

Antara perkara-perkara yang anda boleh lakukan adalah berenang, snorkelling, berkayak, windsurfing, dan paddle boarding. Tetapi pastikan anda utamakan kesalamatan dan memberitahu atendan sukan air terlebih dahulu.

 

  1. Rehat buat sementara daripada diet anda

the-westin-cape-coral

Ya, cuti bermakna anda juga boleh “ambil cuti” daripada diet anda, tetapi pastikan yang anda tidak makan secara lebih-lebih pula. Sekiranya anda mahu teruskan ‘cheat day’ anda ini, anda harus tahu untuk mengawal diri anda sendiri.

Contohnya, dengan meningkatkan jumlah aktiviti anda pada hari tersebut. Kalau anda malas pergi ke gym atau berenang, anda masih boleh melakukannya dengan pergi bersiar-siar di sekeliling kemudahan resort atau chalet anda itu dengan berjalan kaki dan bukan dengan menaiki buggy.

 

  1. Jadi lebih aktif dengan pasangan yang betul

101719579_w_0

Dengan ini, anda akan lebih bersemangat untuk teruskan rutin kecergasan anda dan juga akan kekal bermotivasi. Mempunyai teman untuk bersenam akan buat anda lebih bertanggunjawab pada diri anda sendiri.

Lagipun, percutian adalah masa yang anda luangkan bersama orang-orang tersayang, jadi apa salahnya anda sihat bersama, malah juga dapat mengeratkan lagi hubungan anda bersama mereka.

 



Older Post Newer Post


Leave a comment