Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

10 Perkara Penting Kebanyakan Orang Lupa Bawa Bersama Ketika Mengembara

Currency Converter

Sama ada anda ingin keluar mengembara untuk 1 minggu atau 1 tahun terdapat beberapa perkara penting yang perlu ada di dalam senarai semak perjalanan anda.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah mempunyai beg, pakaian dan kasut yang betul. Tetapi ada beberapa perkara yang anda mungkin tidak pernah terfikir untuk meletakkan di  dalam senarai semak ‘backpacking’ anda seperti ini.

1.Penyumbat Telinga / Penutup Mata

Ini adalah satu kemestian bagi semua pengembara. Sesuai untuk mereka yang ingin tidur di asrama, di dalam kereta api, bas, kapal terbang, dengan lampu yang terang menerang.

Ia dapat menghadang bunyi yang datang dari orang yang  berbual di telefon bimbit, menonton filem di komputer riba atau mereka yang mempunyai anak yang bising.  Ataupun anda hanya perlu tidur sebentar di waktu siang.

Sentiasa mempunyai penyumbat telinga untuk menghalang kebanyakan bunyi-bunyian dan penutup mata anda untuk menghalang cahaya. Terdapat pelbagai jenis yang boleh anda pilih jadi lihat-lihatlah yang mana sesuai dengan anda dan keperluan perjalanan peribadi anda.

2. Cadar / Alas Tilam

Tidak semua cadar di asrama bersih. Dalam  kereta api yang mempunyai katil, anda kadang-kadang  perlu bayar caj  tambahan untuk cadar. Malah ada beberapa hotel (di kawasan di mana iklimnya lebih panas) tidak membekalkan cadar langsung. Jika anda mempunyai cadar anda sendiri, anda pastinya mempunyai permukaan katil yang bersih untuk tidur. Ia juga sepatutnya ringan dan mudah untuk dicuci, bukan seperti beg tidur.

Salah satu cara untuk menjimatkan wang adalah dengan membuat cadar anda sendiri. Jika anda tidak begitu mahir anda boleh beli beg tidur yang boleh juga digunakan sebagai  alas katil. Beg tidur yang dibuat oleh mikrofiber adalah lebih lembut dan sesuai untuk tujuan ini.

3. Lampu Kepala

Tidak semua tempat mempunyai bekalan elektrik yang stabil. Malah, di banyak negara kejadian bekalan elektrik terputus sering berlaku.  Mempunyai lampu kepala yang elok di dalam beg galas anda akan membolehkan anda melihat di dalam gelap apabila kejadian ini berlaku.

Anda mungkin terfikir ” kenapa bukan  lampu suluh?” Ini kerana  lampu di kepala adalah lebih baik daripada lampu suluh, kerana ia membolehkan kedua-dua tangan bebas bergerak untuk mencari sesuatu  dalam keadaan yang gelap.

Jika anda hanya mempunyai lampu suluh  dan anda ingin memasak makan malam dalam gelap, mempunyai satu tangan mungkin menyusahkan anda. Jadi untuk mereka yang minat dengan aktivtiti-aktiviti seperti berkhemah dan mendaki, ia memberikan anda kebolehan untuk mendirikan khemah dan  melakukan lain-lain aktiviti dengan kedua-dua tangan bebas daripada memegang lampu suluh.

3. Travel adapter dengan USB

Travel adapter’ dengan penyesuai sejagat (universal adapter)  USBA ketika dalam pengembaraan adalah suatu kemestian. Tetapi adakah anda tahu anda boleh dapatkan travel adapter yang mana di dalamnya juga terdapat palam USB? Kini, anda boleh mengecas alat USB anda pada masa yang sama anda meluruskan rambut atau mengecas pencukur elektrik anda. Ini dapat menjimatkan banyak  masa kerana anda boleh mengecas semua barang ini serentak.

Antara jenama-jenama travel adapter yang anda boleh cari adalah, Tripshell Travel Adapter mempunyai dua  USB dan boleh digunakan di 150 negara. GGI Travel mempunyai satu USB Single dan boleh digunakan di   semua negara.

Peringatan:. Travel adapter bukanlah penukar voltan. Pastikan barang elektronik anda adalah sesuai dengan pelbagai voltan sebelum menggunakannya di negara-negara asing.

4. Tali Pinggang Wang

Sesetengah negara  mempunyai kadar jenayah seperti penyeluk saku atau peragut beg yang lebih tinggi dari negara lain.  Jadi adalah  penting untuk membawa tali pinggang wang untuk menyimpan wang tunai, pasport dan barangan berharga lain dengan selamat. Tapi perlu diingat alat ini bukan direka untuk menjaga semua

wang anda. Jika anda sering mengangkat baju anda untuk mengeluarkan wang setiap kali anda membuat pembelian, pencopet akan cepat sedar mengenai perkara ini.

Tali pinggang wang adalah alat utama untuk  anda menyimpan wang tunai, pasport dan barang berharga lain yang anda mungkin perlukan dalam keadaan kecemasan atau barang-barang lain yang anda tidak berani  untuk tinggalkan di hotel. Jadi, simpan duit untuk perbelanjaan di dalam poket atau dompet anda.

6. Mangga Yang  Diluluskan TSA

Mengapa yang diluluskan TSA (Transportation Security Administration atau di dalam Bahasa Melayunya Pengurusan Keselamatan Pengangkutan) dan bukan mana- mana set kunci dan mangga? Semasa dalam perjalanan, pihak keselamatan lapangan terbang mempunyai hak untuk memeriksa beg anda. Jika ia telah dikunci dengan mangga yang  diluluskan TSA pihak keselamatan di lapangan terbang boleh membuka mangga anda dengan kunci induk yang ada pada mereka. Jika tidak – mereka hanya akan memotong mangga tersebut dan anda perlu membeli set mangga dan kunci baru.

Mempunyai mangga bukan sahaja membantu untuk mengunci beg galas anda tetapi juga ketika anda menetap di asrama.  Jika anda duduk di asrama, anda mungkin akan ditawarkan lokar untuk menyimpan barang-barang berharga anda. Adalah lebih baik jika  anda mempunyai mangga anda sendiri dan tidak menggunakan mangga  yang ditawarkan mereka.  – Sesetengah  pintu bilik asrama hanya dikunci dengan mudah di pintu, jika anda mempunyai mangga anda sendiri (dan bukan yang mereka tawarkan) anda boleh yakin tiada orang yang akan menggunakan kunci induk dan mememecah masuk ke dalam bilik anda.

7. Tali Ampaian

Ia  bergantung kepada berapa lama anda bercadang untuk menjelajah sesuatu tempat.  Jika anda hanya pergi untuk hujung minggu yang singkat anda mungkin tidak perlu membasuh baju. Tetapi jika anda ingin berjalan untuk masa yang  lebih lama, ia merupakan keperluan yang penting. Tali ampaian yang kecil dan ringan yang boleh disumbat di  hampir mana-mana ruang kecil yang ada di dalam beg anda dan amat memudahkan keadaan jika ada baju yang anda perlu basuh dengan segera.

Kami mendapati menggantung pakaian di sekeliling bilik hotel tidak berapa baik. Sebagai contoh, seluar  yang  dijemur sepanjang rod langsir dan lain-lain tempat boleh menyebabkan ia diliputi habuk dan menjadi kotor semula.  Tali jemuran yang  murah dan ringan menawarkan sebuah jalan penyelesaian yang mudah untuk perkara ini.

8. Pita Duct/ Gaffer Produk ini boleh menyelamatkan anda.  Dengan bantuan  pita duct anda boleh membaiki (secara sementara)  beg galas yang koyak,  melekatkan kasut yang rosak, membaiki hos radiator bocor pada enjin kereta dan megekalkan palam elektrik di tempatnya.  Salah satu lagi fungsi pita duct adalah menguruskan teman sebilik yang menyakitkan hati.

9. Tuala Dengan Serat Mikro (Microfibre) Seperti cadar tidak semua hotel menyediakan tuala bersih – itupun jika mereka ada menyediakan tuala. Bawa tuala ringan dengan serat mikro  ke mana sahaja anda pergi. Ia direka untuk mengambil ruang yang kurang dalam beg galas anda, jauh lebih ringan dan lebih cepat kering daripada tuala biasa. Namun begitu,  ia tidak sesuai digunakan sebagai tuala di pantai, ini kerana pasir mudah  melekat padanya

10. Beg Yang Mempunyai Zip-Lock.

Ia sangat serba boleh, datang dalam pelbagai saiz dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara ketika mengembara

  • Jika anda ingin pergi ke pantai, gunakan beg Zip-Lock yang besar untuk mengasingkan pakaian renang  anda yang berpasir dan basah daripada pakaian kering anda yang lain di dalam beg.
  • Jika anda membawa ubat seperti pil untuk malaria, parasetamol. – simpan semua di dalam uncang-uncang kecil dalam beg Zip-Lock untuk mengelakkan kelembapan daripada masuk dan merosakkan pil-pil tersebut.
  • Sebelum anda bertolak menaiki kapal terbang, letakkan apa-apa cecair seperti syampu, sabun dan lain-lain dalam beg Zip-lock. Jadi jika ia tumpah di tengah-tengah penerbangan, semua cecair akan terkurung  di  dalam beg dan bukannya terkena pada barangan anda.
  • Ia juga beguna untuk membawa duit ketika di pantai. Letakkan wang tunai di dalam beg Zip-Lock dan ia akan kekal kering.

Terdapat pelbagai lagi kegunaan bag Zip-Lock. Ia sememangnya peralatan yang amat berguna.

Telah disenaraikan 10 barang keperluan penting yang anda perlukan ketika mengembara untuk memastikan perjalanan anda sentiasa lancar dan mudah. Diharap senarai ini dapat membantu anda menikmati perjalanan anda dengan lebih baik di masa hadapan.

Sumber: Foodfuntravel



Older Post Newer Post


Leave a comment