Stay Confident, Slim & Active
Cart 0

10 Lokasi Paling Berbaloi Untuk Berselfie

Currency Converter

Tempat paling menggembirakan di dunia juga merupakan tempat yang paling berbaloi untuk dimasukkan ke dalam akaun Instagram anda. Menurut satu indeks baru yang mendakwa mencatat kedudukan destinasi pelancongan yang paling berbaloi untuk dijadikan sebagai gambar Instagram.

Bukan sahaja Disneyland lokasi paling popular malah hashtag
Bukan sahaja Disneyland lokasi yang paling diInstagram malah hashtag #happiestplaceonearth  juga popular

Bukan sahaja Disneyland di California  tersenarai sebagai yang paling di Instagram di seluruh dunia (senarai dicipta oleh laman sesawang TravelBird),  namun lokasi yang sering dihashtag #happiestplaceonearth itu mendahului  saingan terdekatnya, Menara Eiffel sebanyak dua kali ganda.

toodia_eifeltower
Menara Eiffel menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut

Jumlah hashtag untuk Disneyland mencapai lebih 14.6 juta, manakala Menara Eiffel mempunyai kira-kira 7.2 juta hashtag.

Agensi pelancongan dalam talian itu,  Travelbird mengambil kira jumlah hashtag geo-lokasi serta hashtag yang berkaitan untuk mencipta senarai tersebut.

Lokasi-lokasi di Amerika mendominasi senarai  tersebut dengan lima destinasi, diikuti dengan mercu tanda Eropah di Perancis, Jerman dan Inggeris.

toodia_disneyworld
Disney World menduduki tempat ketiga dalam senarai tersebut

Berikut adalah 10 tempat  yang paling berbaloi diInstagram menurut Travelbird:

  1. Disneyland, California, Amerika Syarikat
  2. Menara Eiffel, Paris, Perancis
  3. Walt Disney World, Florida, Amerika Syarikat
  4. South Beach, Florida, Amerika Syarikat
  5. Berlin Wall, Jerman
  6. Las Vegas Strip, Amerika Syarikat
  7. Big Ben, London, UK
  8. Times Square, New York, Amerika Syarikat
  9. Katedral Notre-Dame, Paris, Perancis
  10. Oktoberfest, Bavaria, Jerman

Sumber: The Star



Older Post Newer Post


Leave a comment