Be Confident Slim & Active
Cart 0

News

Gua Pusat Penginapan Luar Biasa

Gua Pusat Penginapan Luar Biasa

Apabila empat dinding membosankan, katil besar dan sebuah peti sejuk kecil mencukupi,  namun tidak menarik, anda boleh menempah sebuah gua. Semua bilik bawah tanah adalah berbeza. Ada yang mewah, ada juga yang mempunyai keperluan sangat asas. Namun, semuanya mempunyai sejarah dan misteri mereka yang tersendiri. Terdapat pelbagai kelebihan menginap di sebuah bilik di gua – ia tidak mempunyai lembapan, suhunya berterusan sejuk, keadaannya sentiasa tenang, serta tidak mempunyai ramai orang ataupun bunyi kuat. Menginap di hotel yang unik dengan pemandangan yang luar biasa merupakan impian kebanyakan pelancong yang boleh menjadi realiti. Malah,  lokasi dan tempat penginapan tertentu mungkin boleh mengagumkan...

Read more →


Korea Ingin Menarik Pelancong Muslim

Korea Ingin Menarik Pelancong Muslim

  Bilik solat dan makanan halal akan disediakan di Lotte World Tower bagi menyenangkan pelancong Muslim yang kebanyakkannya terdiri daripada Asia Tenggara dan Timur Tenggah. Tahun lepas, Korea menerima pelancong Muslim sehingga 980,000. Iaitu naik 33 peratus dari 2015. Satu ruang solat untuk pelancong Muslim akan dibuka Rabu ini di cawangan World Tower Avotteel di Lotte Department Store, Jamsil, Seoul tenggara. Menurut Lotte Department Store, bilik 49.6 meter persegi itu akan menjadi bilik solat Islam pertama di Korea yang ditubuhkan oleh syarikat itu. Lotte membahagikan ruang bilik solat itu kepada dua, iaitu untuk wanita dan lelaki, dan meletakkan salinan Al-Quran,...

Read more →


Hotel Bertemakan Sukan Pemotoran Dibuka di Nilai

Hotel Bertemakan Sukan Pemotoran Dibuka di Nilai

Forte Hospitality Management Sdn. Bhd. mengumumkan pembukaan Hotel Hype Motorsports Nilai iaitu hotel butik pertama di Asia yang berkonsepkan dunia permotoran sepenuhnya menerusi penampilan imej, gaya dan reka bentuk ruang dalaman serta luarannya. Perabot hotel yang bertemakan sukan pemotoran Hotel Hype Motorsports Nilai terletak di tengah-tengah bandar Nilai dengan fasiliti-fasiliti asas.Lebih kurang 15 minit diperlukan untuk bergerak ke hotel dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta kira-kira 40 minit perjalanan ke sana dari bandar Kuala Lumpur. Bilik dengan hiasan-hiasan bertema pemotoran Hotel Hype Motorsports Nilai menampilkan 75 bilik yang direka berkonsepkan permotoran menerusi susun atur...

Read more →


Mencari ‘Harta Karun’ Di Lorong Kulit, Pulau Pinang

Mencari ‘Harta Karun’ Di Lorong Kulit, Pulau Pinang

DI PASAR LAMBAK Lorong Kulit yang terletak di George Town, Pulau Pinang semua benda adalah untuk dijual dan semua harga boleh dirunding. Juga diketahui ramai jika kasut anda hilang, anda mungkin boleh dapatinya di Lorong Kulit. Inilah yang terjadi kepada pengurus sumber manusia yang telah bersara, Nanda Gopal Naidu, 64. Sekitar tahun 1990-an, kasut trek kegemaran Nanda Gopal telah dicuri di luar rumahnya dan rakannya mencadangkannya untuk pergi mencarinya di Lorong Kulit. “Saya ingatkan dia bergurau tetapi dia serius. Jadi saya pergi ke sana dan dapat mencari kasut saya!” kata Nanda, ketawa apabila mengimbas kembali perkara itu. Goh Soon Cheng...

Read more →


‘Pulau Hanya Boleh Dikunjungi Lelaki’ Sebagai Tapak Warisan UNESCO

‘Pulau Hanya Boleh Dikunjungi Lelaki’ Sebagai Tapak Warisan UNESCO

‘Pulau Lelaki’ Okinoshima-Sebuah Tradisi Lama Okinoshima telah sekian lama dijaga oleh seorang paderi Shinto yang berdoa kepada dewi pulau itu. Ia merupakan tradisi yang telah diamalkan selama berabad-abad. Bilangan individu yang dibenarkan mendarat di pulau  di Laut Jepun (Laut Timur)  tersebut adalah terhad, untuk  tahun ini seramai  200 orang – untuk sebuah perayaan tahunan yang berlangsung hanya selama dua jam, namun mereka mesti mematuhi peraturan yang ketat. Antaranya, mereka mestilah lelaki, namun mereka perlu menanggalkan pakaian dan berendam di lautan sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke kuil suci tersebut. Oleh kerana pelawat lelaki mesti mandi berbogel di laut sebelum melawat kuilnya,...

Read more →